Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri.
Sebelum aku balik kampung malam ni ( lepas ujan berenti), izinkan aku susun sepuluh jari mohon ampun & maaf dari hujung kaki ke hujung rambut kepada sahabat, classmate, keluarga, lecturers, bekas kawan dan musuh(if ade). maaf andai ade salah silap dalam pertuturan atau perbuatan. Halalkan makan minum dan yang telah termakan terminum. sori kat awe sbb slalu jadi bahan umpat keji. SORRY AWE! kosong kosong keh.
Hari ini dalam Sejarah.
Hari ni dalam sejarah hidop aku berbuka puasa sorang2 kat studio ( memang aku sorang je yang ade kat bangunan fine art ni). Sedih gile berbuka ngan air masak + keropok udang je. Bukannye aku sengal taknak balik tapi hujan lebat kat luar ni tak mengizinkan aku balik. budak2 len dah selamat belayar balik kampung.. kalau bukan sebab nak ngejar dateline anta artwork print ( last ari ni kene anta) kat galeri lua, jangan harap aku nak datang studio.
Hari ni dalam sejarah idop aku, terpakse siapkan artwork print guna mesin press yang konvensional( tradisional) yang ade ni sebab bengkel print tutup awal. mesin yang boleh dikategorikan sebagai bahan arkib muzium @ tukun tiruan berada di ceruk penghujung benua bengkel print. mesin ni dah brape taun takde orang gune sebab dah ade mesin press baru. nasib baik ble berfungsi lagi. seksa gak nak gune mesin lame ni. . malang btol arini. Walaupun artwork print aku siap tapi kualitinya tidaklah secantik berbanding hasil daripada mesin print yang moden.

Thursday, August 20, 2009
Artist Visiting 06
Arini ade sesi kritik ngan lecturer setiap major. Aku tergolong dalam orang terakhir yang bernasib baik sebab kene kritik ngan lecturer tadi. Nasib baik takde pape komen panjang dari prof. Jai dan Prof. Ramlan kecuali pn. Rosiah je. Sume nak cepat abiskan komen dorang pasal perut memasing dah lapar. Prof. Jai la yang paling bersemangat skali nak gi makan. So far aku boleh teruskan dengan idea -idea untuk major print aku. tunggu je la sesi kritik yang kedua nanti. lebih ganas dan brutal!
Semalam lagi aku dah luaskan tanah jajahan kat kawasan konti aku ni. makin senang la aku nak letak barang- barang print aku. Jangan kene rembat lepas ni dah la.
Semalam lagi aku dah luaskan tanah jajahan kat kawasan konti aku ni. makin senang la aku nak letak barang- barang print aku. Jangan kene rembat lepas ni dah la.
Wednesday, August 19, 2009
Converse
Dah macam takde cite kot sampai kasut pon boleh jadi modal cite dalam blog ni. Senang cite, aku nak beli kasut baru. Tak sampai hati nak tengok kaki aku sarung kasut ni. Cukup la sarung kat dalam bengkel je. Tergiang -giang kata perli seorang sahabat "ni kasut pelbagai guna. nak pegi jumpe perdana menteri pakai kasut ni, nak gi jamban pakai kasut ni, nak gi bengkel pakai kasut ni, nak gi berkelah pon pakai kasut same gak." So aku nak tukar converse lame ni ngan yang baru. Aku taknak beli brand sama. nak try adidas lak. Lagipon dah lama aku tak beli hadiah untuk diri sendiri.
(2006) /value: rm 80++
(2009)/ value: priceless
> 1. beli ngan adda, adi n anne kat plaza hang tuah, melaka.
> 2. dekat 3 tahun taburkan jasa kat kaki aku. gi bandar,
kampung, masuk hutan, panjat bukit dll

Thursday, August 13, 2009
Lopong lagi..
Hari ni kelas major print dibatalkan. So aku datang lambat skit ke konti aku. Sampai je kat konti, aku nampak muka NG je. Yang len tak datang langsung. Muka - muka yang rajin datang dah naik ke galeri Tuanku Nur Zahirah. Kat sane tengah sibuk sebab tak lame lagi ade event dari Poland. Dorang pegi tolong r tu.
Aku naik jap ke galeri, saje je nak menyibuk. Sambil - sambil tu bole la jumpe en.Rahman ngan mintak buku log praktikal aku skali. Lepas bincang ngan en.Rahman pasal tesis, aku gi pusing jap kat menara uitm. Ade derma darah la pulak tapi mata aku pantas menyambar ke makanan yang terhidang untuk penderma darah. Bukan ape pon, lapar perut ni dari pagi tadi tak makan. Pikir jugak la nak derma ke tak. Last - last aku tengok je la makanan tu sebab malas nak derma darah. Ramai pulak orang yang nak makan free hari ni. Siap kene beratur kalau sesapa nak derma darah. Lain kali je lah..

Tuesday, August 11, 2009
lanjutkan umo aku.
Pagi tadi budak2 print bersemangat nak sambut birthday aku. konon nak wat suprise la konon padahal dorang tak tau, aku terlebih dulu dapat bau komplot dorang ni. Deria ke enam aku masih berfungsi lagi. Jadi sebab taknak sia -sia kan usaha dan semangat dorang ni, aku wat - wat bodoh je la. Akhirnya dorang hadiahkan sebijik kek perisa pandan. Tq.. Tq.. kat korang sebab telah bersusah payah adakan sambutan birthday aku. Aku memang hargai.
Tapi bile sebelah malam plak, aku tak bernasib baik. Memang ada bende yang tak kene bile DB panggil aku keluar dari surau semata - mata nak bagitau die nak balik. Kalau tak bole la aku lepak santai dalam surau. Bukak kipas, bukak aircond.. huu nyaman. Selama ni klau nak balik, takde lak db bagitau aku. Rupe nya die dah berpakat @ di gunakan Aswat untuk mengenakan aku. Chiss. cam haram budak- budak ni.
Aswat.. ade ubi ade batas. nanti aku balas punye. tunggu je la peluang untuk kenekan ko.
P/s: nasib baik ko simbah sebaldi air je tanpa bahan campuran. kalo tak aku amuk..

Monday, August 10, 2009
Sunday, August 2, 2009
1
Rasenye petang ni aku sorang je kat fakulti seni halus kot. tak nampak batang hidung sesape pon kat sini. cleaner pon takde.
Wednesday, July 29, 2009
Selamat..
Aku makin malas nak update blog ni. sekarang facebook lebih menjadi keutamaan aku.
News baru, hmm.. ape ek.
YasminAhmad meninggal. Takziah. Selamat tinggal seorang pengarah berbakat.
Uitm bercuti seminggu sebab H1N1. bagus gak. nanti cuti raye jadi 2.. 3.. hari je. Selamat Hari Raya paling pendek dalam sejarah hidop aku.
Tadi Lecture dari Melaka datang meeting kat Fakulti AD, S.Alam. jumpe gak la muke En.Rosli,En.Amir n En.Hisham. Selamat Kembali memori Uitm Melaka.
Malam ni lak makan mee kari kat umah awe. Mimpi ape lak budak2 umah awe masak mee kari malam ni. Lantak la, janji perut aku makin boroi. Selamat duit makan malam aku.
Wokey..

Friday, June 26, 2009
Adios!
wooo, lame x update blog ni. asyik layan facebook jek. sepanjang bulan mei n june ni aku bz ngan praktikal. time bz memang bz betul tapi bile time takde keje(sbenarnya buat2 xde keje), memang melayan counterstrike je. 1 ofis main. memang meriah. Praktikal kat galeri Uitm memang bleh tahan gak la. Banyak pengalaman baru yang aku dapat. so aku selitkan gambar aktiviti sepanjang berpraktikal kat Galeri seni Tuanku Nur Zahirah. pasni ade lagi event yang tengah beratur
Open Day kat EPu Putrajaya. Jabatan Perdana Menteri
flamingo naik basikal. terbuka untuk di bida.
shooting anak wayang kat galeri
KPJ siri 2
Open Day kat EPu Putrajaya. Jabatan Perdana Menteri
flamingo naik basikal. terbuka untuk di bida.
shooting anak wayang kat galeri
KPJ siri 2
Saturday, June 6, 2009
Result sem 05
huhuhu.. minggu depan result exam kluar. Klau ade cable, minggu ni pon dah bleh tau. Congrats awe pasal lepas sume subject but takziah kpd kurt. hahaha.
Thursday, June 4, 2009
KPJ Selangor Specialist Hospital
Semalam aku dan 3 lagi crew galeri seni Uitm dapat job untuk program Artworkshop ngan pesakit kanak-kanak kat KPJ. Selain memperkenalkan seni, kami juga perlu menjadikan art workshop ni enjoyable. Mula-mula memang la budak-budak ni memalu. bile dah kenal, dengan kitorang skali jadi budak-budak. Tonggang langgang bilik playground kat hospital tu.
brief pasal origami
jadi fasilitator kat budak-budak sakit
yang pakai topeng ultraman tu paling hyperactive. Harapannye supaya bateri kelip-kelip merah kat dada die malap (bateri habis). tapi hareem. makin lasak ade la. pakai bateri energizer kot budak ni..

Thursday, May 28, 2009
Konvokesyen UiTM ke-70
Konvokesyen Uitm ke-70 sedang berlangsung dari hari Selasa lepas lagi. Besok budak- budak AD yang dah grad akan naik pentas untuk terima diploma dan ijazah masing-masing. Congrats!
Aku ade terjumpe 1 gambar konvo yang menampilkan muke-muke geng bluekang dalam hardisk lame aku. Ni gambar terakhir sebelum bluekang berpecah.
Aku ade terjumpe 1 gambar konvo yang menampilkan muke-muke geng bluekang dalam hardisk lame aku. Ni gambar terakhir sebelum bluekang berpecah.
Friday, May 22, 2009
Berita Dari Bali,Indonesia.
Huhuhuu.. Sori sebab buatkan korang tertunggu -tunggu. Semenjak balik dari Bali, memang aku agak sibuk berpraktikal kat Galeri Tuanku NurZahirah ni. Kate "siLabuLabi", selagi belum tutup mate, kerja, kerja,kerja..
Aku pon malas nak bebel panjang kat blog ni. Klau aku bebel, mesti 2 3 page pon tak cukup untuk cite 6 hari 5 malam experience aku kat Bali. So aku letakkan gambar- gambar je. Enjoy..
gambar kat Tanah Lot. Kawasan keagamaan tepi pantai berbatu. View kat sini memang superb!
gambar ni di ambil kat kawasan Muzium Kertha Gosa.
di pantai Kuta(kute). Budak-budak ni antara komuniti di kawasan ni. Sempat gak aku bersembang ngan dorang. Ngak paham sih..
ni plak kat Muzium Antonio Blanco. berbaju merah tu anak die, mario blanco. Antara pencatan terkenal di Indonesia. Mereka lebih kepada gayaan Expressionism.
Gambar - gambar yang lain aku akan update dari mase ke semasa. nak balik dah ni. Adios!

Monday, May 11, 2009
Salam dari bali. Sekarang pukul 10.47 malam di sini. Aku sedang mengadap didepan pc cafeinternet di depan homestay aku,1jam caj nye 5000rupiah( dalam rm1.75). Aku memang enjoy sangat kat sni . ni aku selitkan pic supaye korang jeles.Tinggal lagi 3 hari aku kat bali ni. lain kali aku update lagi. Permisi dulu..
Friday, May 8, 2009
Akhirnya..
hahaha... akhirnya tercapai gak hasrat aku nak melancong lua dari negara ni. Besok (Sabtu), aku akan terbang ke negara indonesia. Destinasinya Bali. Ade International Excursion Bali 2009 kat sane. Aku tak brape tau sangat pasal mende ni tapi dari aturcara programnye macam best jek. Nanti aku update cite pasal bali ni lepas aku balik dari sane. hahaha..
Pasport ni baru je siap pagi tadi. Harap berbaloi la time kat bali nanti dengan harge pasport ni.
Pasport ni baru je siap pagi tadi. Harap berbaloi la time kat bali nanti dengan harge pasport ni.
Wednesday, May 6, 2009
zaman diploma
Tadi aku selongkar pc awe. Dapat gak la beberapa keping gambar yang ade sentimental value pade aku. Sesekali korek balik memori time diploma dulu, buatkan aku tersenyum sendiri..
1st skali biar aku perkenalkan grup "bluekang". Ahli grup ni hanye ade aku, adi, awe n jot. Lagipon dalam klas aku dulu, ni je la budak laki yang ade. Mase tu ade la beberapa aktiviti yang best berlaku time grup ni aktif (diploma). Skang sume dah ade haluan memasing.
bbq ni kitorang wat kat blakang studio. main redah je. siang ikan kat singki, daun pisang,cili api rembat kat kwsn nusery uitm. menu mase tu (kerang, ikan, jagung) bakar, sambal kicap. nasi je beli sbb takde rice cooker. tetamu jemputan ct panic. selang beberapa minggu lepas tu awe jadi ketua projek wat bbq siri 2 tapi hujan lebat time tu. Last skali,daging burger dikepal-kepal n panggang mcm marshmallow. besoknye sakit perut.
time ni kat langkawi
otw nak balik ke uitm selepas lawatan klass.

bebas! merdeka!
Tadi assessment Drawing dan minor painting. Merdeka tu merdeka la jugak tapi result untuk 2 subject ni macam takde harapan je nak score. Silap-silap bole repeat pe. Mintak simpang la..
Friday, May 1, 2009
Tunda lagi.
Assessment major print ditunda ke hari isnin depan. Brape banyak tunda da..
Sehingga pkol 10 malam ni, aku mampu siapkan 68 keping 'edition' print jek. 7 jam aku marathon kat bengkel, yang tu je mampu aku wat. Bsok kene sambung lagi. Nak try pecahkan record 7 jam nih pulak.
ni aku tunjukkan gambar artwork print aku yang still dalam progress.

Wednesday, April 29, 2009
Good news, maybe...
Sedang aku bertungkus lumus menyiapkan major print 'edition ke-17' tengahari tadi(sebelum diberitahu assessment ditunda, petang tu), aku dikabarkan dengan berita yang membuat aku senyum selama stengah jam daripada koordinator f.art (lecture major aku). Diri aku tersenarai dalam kelompok pelajar yang akan kene wat pasport antarabangsa. Banyak gak soalan yang aku nak tanye. Contohnye, takkan takde perjumpaan @ briefing pasal projek ni, kos yang nk kene klua, dll.. tapi die kene tunggu information baru dari orang atasan dlu. Aku pon kene tunggu gak la.
Moga-moga menjadi la hendaknye projek ni. Terujanye aku. Huhuu..
Moga-moga menjadi la hendaknye projek ni. Terujanye aku. Huhuu..
Penat Ooo.
Malam ni aku meneruskan lagi sisa-sisa hari yang tinggal sebelum assessment Major print, Minor painting dan drawing. Nasib baik hari ni tak jadi assessment major print . Ditunda sampai hari kamis ni tapi dengan syarat kene siapkan 300 keping print. Gilo mane sempat dengan mesin etching press yang satu tu..
Klau ni satu pekerjaan, bangla pon mungkin dah letak jawatan ooo. Minor painting 5hb 6 nanti. Drawing pulak ari selasa minggu depan. Cite drawing ni macam cite dalam post "bang bang boom!". Ade la yang bawak cite. Tak tau betul ke tak. Tak kisah la. Malas aku nak pikir pasal tu. Klu rajin nanti aku buat la.
Dari bengkel print aku ulak alik ke studio 05, aku perasan dalam 2 minggu ni, bum dan asso dah start berjinak-jinak bertapa kat studio sampai awal pagi. Aku klasifikasikan kes ni sebagai salah 1 antara 7 keajaiban di dunia.
Tahniah korang! selamat mengganggotai batalion angkatan Keluang Malam seMalaysia (KMM). Ces, bunyi macam parti komunis je.

Friday, April 24, 2009
Bang Bang Boom!
ATH641 telah berlangsung dengan meriahnya di dewan audi2 fine art. Lepas abes amik exam je terus masing-masing naik ke studio prepare untuk assessment drawing. Rupa-rupanya bukan prof. Jai yang buat lawak tapi budak batch aku yang kalut sangat pasal assessment ni. Prof. Jai sendiri blom bagi tarikh sebenar untuk assessment ni. Budak-budak ni memang pandai wat lawak. Memang bole masuk audition Raja Lawak 4.
Thursday, April 23, 2009
Drawing + ATH641
Prof. Jai ni pandai plak wat klaka . Time orang nak exam ath besok, ble plak die nak wat assessment drawing. @#%$*..
Wednesday, April 22, 2009
International Passport
Berkemungkinan dalam 2 3 minggu ni aku kene wat pasport antarabangsa. huu.. mintak-mintak la aku terpilih untuk projek besar ni.
Saturday, April 18, 2009
tut... tut.... tut... impuls saraf otak aku masih tak dapat mencari capaian signal informasi yang berguna untuk dicanangkan dalam blog ni. Sebelum blog ni diturunkan taraf pada tahap sampah yang tak berfungsi dan berguna dalam internet, baik aku tulis walaupun merepek sedikit.
Susan boyle.. Sape die ni. hebat sangat ke sampai terdetik hati aku untuk taip name die dalam blog ni. Perempuan ni adalah antara manusia istimewa yang punyai bakat yang tak diketahui ramai sehinggalah muncul di kaca tv "Britain Got Talent 2009". Pada awalnye aku tengok die ni cam loser je. Fizikalitinya memang macam rase nak tumbuk je muke die hinggalah die start nyanyikan lagu " I Dreamed A Dream".. (www.youtube.com/watch?v=RxPZh4AnWyk)
Die ni lebih kurang macam Paul Potts jugak la.(www.youtube.com/watch?v=1k08yxu57NA)
Moral value dari cerita merepek aku ni ditujukan kepada diri aku dan kawan-kawan supaya beringat, buruk-buruk manusia tu blom tentu dalaman die pon buruk gak. Kadang-kadang yang cantik pon blom tentu dalaman die cantik gak. Klisenye moral value. tapi tu la yang terjadi kat aku.. mintak mahap la ye mrs. susan.

Wednesday, April 1, 2009
Malas..
Tak tau nak tulis ape skang ni. Lagipon dah lame aku tak update blog ni.
ni pon kira update la kot..
ni pon kira update la kot..
Thursday, March 26, 2009
60 Earth Hour
Sebagai tanda sokongan aku terhadap isu pemanasan global di bumi ni, maka pada 28 March 2009 ( Sabtu ) bermula 8.30 malam, lampu-lampu di rumah aku akan di padam selama 1 jam..
Aku harap badan-badan kerajaan, swasta dan NGO lain turut menyokong earth hour ni dengan menutup lampu traffic light, lampu-lampu jalan, siaran tv n radio. Atau paling mudah sekali, peranan besar TNB dengan menutup suis utama di setiap empangan hidronya yang membekalkan sumber elektrik ke seluruh Malaysia. Kan senang... U can do it TNB!..
Wednesday, March 25, 2009
Timetable . (5.30-6.30) . Bersukan
Skang ni aku dah ade hobi baru. Main badminton dan ping pong. Ni sume gara-gara Grandpa Lee chon Wei tak dapat kalahkan Lin Dingdang dalam tournement All England. Claim rebet motor rm150 yang aku tuntut kat pos office aritu dah aku abeskan untuk beli reket dan bulu tangkis.Gelanggang tak jadi masalah sebab kat department printing memang ade 1 court yang bebas angin taufan. Cuma skang ni kene berebut untuk dapatkan court tu ngan budak-budak yang main takraw.
Stakat ni lawan-lawan untuk badminton kebanyakannya celah gigi je. 2 3 orang je yang mampu bersaing ngan aku. Huhuhu.. berlagaknye aku. Takde la, sume nye bole je main badminton cume skill je kene perkemaskan lagi. Ceh macam jurulatih plak. Tapi kalau ade lawan yang berlagak hebat, jage baik la.. memang aku ayam-ayam kan die macam si @$*^! tu.
Hahahaha...
Ping pong plak aku gunakan meja studio je. Walaupun tak besar tapi boleh la untuk main suka-suka. Kalau rajin, malam-malam aku main kat audi utama sebab ade meja ping pong besar kat situ. Belecak gak ketiak aku main pakai meja besar tu. Lawannye pon ramai yang hebat-hebat..
Majulah sukan untuk kesihatan anda.

Tuesday, March 17, 2009
MRSM Taiping
Hari ni aku ngan 9 orang student yang lain rata-rata 04 dan 05 jadi fasilitator ( abg & kakak angkat) untuk pelajar-pelajar yang datang dari MRSM Taiping bersama guru pengiring dorang. Dorang ni amik subjek seni dalam SPM 2009 nanti. Boleh tahan gak ramai budak-budak ni. Ada la dalam 4 orang. Heh, kacang je... Tapi sume tu tak penting. Yang penting, aku dapat makan free dari pagi sampai malam slame 2 ari mendatang ni. Siap ade sijil penghargaan lagi.
Syukur... save duit makan untuk ari ni dan besok.
Syukur... save duit makan untuk ari ni dan besok.
Sunday, March 15, 2009
Catatan Taman Negara #3
Ahad (1/3/2009)
Walaupun bermula lewat dari biasa sebab hujan dari malam tak henti-henti tapi sume ni tak menjejaskan aktiviti untuk hari ni. Aku mintak kat kakak kaunter supaya sarapan dilewatkan kol 8.30pagi sebab ade yang baru bangun nak mandi. Takpe la klau sarapan habis awal, bukan masalah aku. Aku pon dah malas nak jaga sape yang dah makan blom. Hari ni aktiviti satu hari ialah menghasilkan karya-karya agung yang bertemakan Taman Negara. Ceh..

Ade yang bersemangat dan ade yang hanye wat ala kadar termasuklah aku. Pagi ni aku seronok tengok keletah kendy yang terlupe bawak pisau cukur sejak dari shah alam. Aku bukan ade masalah sangat kalau sape-sape tak cukur misai tapi yang ni lain sikit. Die punye kalut macam orang yang hilang wallet. Jalan mane-mane pon nak tutup misai die. Aku tengok bukannye ade pape yang berubah pon tapi sebab kalut die tu je.. Hari tu die memang jadi bahan ketawa kitorang. Petang kol 5.30 kami mengadakan riadah petang bagi merapatkan silaturrahim antara kami. aku tak join tapi memang rapat....
Malam tu sepatutnya diisi dengan aktiviti sesi kritik oleh para lecturer tapi telah di tunda dengan pesta unggun api (request dari brader-brader yang bawak kitorang untuk aktiviti sblum ni). Pada mulanye aku ikut gak join aktiviti dorang ni. Mula-mula dorang wat unggun api dan start main gitar menyanyikan lagu pertama mereka, lagu orang asli.. Aktiviti ni turut disertai oleh beberapa orang warga asing. Bile brader-brader ni start ajak budak-budak ni menggoyangkan asset-aset badan dorang (menari).. jgn salah paham plak ea. Aku dan aswat pon blah gi ke restoran. Kat restoran tu memang dah ade budak-budak lain yang memang tak join. Lecturer pon ade tengah duduk santai sambil bersembang ape tah. Aku gi join grup yang tengah asyik tengok tv. Time tu dorang tengok cite Merlin kalu tak silap aku. Tak berape lame pastu datang la satu grup lagi join kitorang kat tv. Dorang cakap tak bleh masuk dengan aktiviti kat bawah sana(pesta unggun api dibuat kat dataran pasir tepi sungai).
Lepas abis cite merlin, kitorang menempek plak kat grup yang berkumpul kat hujung restoran. Rupanya dorang sedang asyik mendengar cerita angker(hantu) dari en.suhaimi katenye pengalaman sepanjang die belajar sampai la mengajar kat uitm shah alam ni. Banyak gak cite die, ble wat novel ni..
Isnin (2/3/2009)
Isnin (2/3/2009)
Pagi ni hujan renyai-renyai lagi. Aku dah remain kat yang lain yang chek out kol 7.30 pagi tapi masih ade yang lambat lagi. Saje je aku suruh dorang awal. Biasa la orang melayu.. sebab tu aku bagitau awal-awal kat kakak kaunter tu kitorang chek out kol 8.30pagi. Bas kami bertolak dari jeti kuala tahan kol 10.30 pagi. Bas berhenti di pekan jerantut kol 11.40 pagi sampai 2petang. Time tu dorang bebas nak bershopping ke makan ke nak wat ape-ape je lah. Pekan jerantut ni kecik je. Walaupun kami berpecah, selang 20 minit pasti kami akan bertembung kat satu-satu tempat secara tak sengaja. Kendy dan kaleb wat hal plak time kitorang nak balik. Lame gak menunggu dorang ni kat bas. Lecturer pon dah tak senang duduk. Nak kate berak pon takde la lame camni. Bile tanye taknak lak bagitau. Si kendy ni mesti pegi beli pisau cukur. Selepas dorang sampai, kami sambut mereka dengan tepukan yang gemuruh.. Pastu perjalanan diteruskan.
Kami makan petang di perhentian Genting Sempah kol 4.30. Ramai yang beli makanan ringan untuk dibawa balik Shah Alam. Antara tempat yang menjadi kegemaran kami membuang duit ialah Kedai Makanan Ringan Mr.Sotong. Bukan sebab yang menjual tu seorang bapok tapi jurujual die ade sediakan sample makanan ringan yang kebanyakannya asam kering dan keropok untuk dirasa. Aku memang suka merasa, ade sample asam yang aku rasa sampai 2 3 kali. Bukan sebab percuma tapi sebab aku nak feel rase asam tu betul-betul. Jadi aku kene try 3 4 kali untuk setiap sample. Hahaha.. Last- last aku melabur gak duit aku kat kedai tu tapi aku beli keropok ikan la.
Perjalanan pulang mula bergerak perlahan selepas tu sebab ade accident kat highway laluan kami. Ade gak 2 3 orang yang sempat amik gambar. Malam tu klua berita berkaitan accident tu. Pemandunya politician india maut sebab bawak laju katenye.. Lepas tu jalan start jem bile masuk Gombak. Lagipon time tu orang berpusu-pusu balik kerja. Kami sampai kat uitm lebih kurang kol 8.30 malam. Horey! besok ade kelas liberal...

Saturday, March 14, 2009
Catatan Taman Negara Pahang #2
P/s: Lama gak aku tangguh nak update cite baru kat blog ni. Busy dengan bende -bende yang tak penting.. Aku rase lepas ni aku akan cube pendekkan essay aku kat blog ni sampai jadi 2 3 patah perkataan jek. Boleh ke?
Sabtu (28/2/2009)
Bot berhenti jap kat kawasan orang asli. Hajat nak tengok perkampungan orang asli kat situ tapi tak jadi nak gi tengok kehidupan dorang tu sebab kene bayar rm30 satu kepala. Terbantut hajat aku nak merasa daging monyet bakar cicah dengan air asam. aku tipu je, jangan caye lak. Dorang skang makan Mcd dan kfc sebab untung tarah duit pelancong rm30 sorang. Nak balik je, hujan turun dengan lebat jadi kitorang stuck kat tanah lapang tepi sungai tu. Mase menunggu dalam bot tu, lecturer aku cakap air sungai tengah suam. Aku letakkan tangan aku dalam air sebab ingat die klentong aku. Betul ape yang die cakap dan mase tu aku tengok 4 5 budak laki dah terjun dalam sungai. Dengan lecturer pon terjun gak lepas tu. Aku betul-betul teruja terus aku pon join skali terjun dalam air. Pedulikan pasal takde insuran. 10 minit lepas tu takde sorang pon duduk dalam bot. Sume berendam, mandi manda sambil menikmati kesuaman air sungai petang tu.
Malam tu kitorang makan malam yang sedap dan wat aktiviti masing-masing lepas taklimat dari lecturer untuk hari besok..
Sabtu (28/2/2009)
Pagi tu kitorang mulakan aktiviti kedua iaitu mendaki Bukit Warisan. Acara bermula selepas sarapan pagi dalam kol 8.30 camtu la. Perjalanan mengambil masa selama 1 setengah jam untuk sampai ke puncak Bukit Warisan. Beberapa orang tak dapat teruskan sebab tak larat nak naik bukit tu. Sepanjang mendaki bukit tu banyak pemandangan yang menarik dapat aku tengok dan ade gak la beberapa laluan yang agak bahaya yang kadang-kadang buatkan aku rase cemas untuk dorang ni. Al-maklumlah ktorang pegi ni tak di cover oleh mane-mane agensi insuran. Kang ape lak aku nak cakap kat makbapak dorang klau jadi pape accident.
Sampai kat puncak bukit Warisan tu, masing-masing yang bawak hanpon tu dah start call mambang, makbapak dan orang kampung dorang. Bukan sebab dorang jakun nak cite dah sampai kat puncak bukit tapi sepanjang 4 hari 3 malam ktorang kat dalam hutan ni, memang susah nak dapat line kecuali yang pakai telepon atur ala-ala tentera. Tahniah dan respek aku kat prof.poni sebab berjaya mendaki sampai ke puncak walaupun pada awalnya aku tak yakin die boleh sampai sebab faktor usia serta keupayaan menyelamatkan sorang peserta dari jatuh dari bukit(tak tau la betul ke tak gosip ni).
Turun dari bukit Warisan, kitorang di ajak lunch kat restoran resort. Ade yang balik bilik dulu untuk mandi dan ade yang direct terus lepak kat restoran. Kami dijamu dengan 4 hidangan ala buffet untuk makan tengahari. Aku rasa puashati dengan servis makanan dorang sepanjang kat resort tu sebab :
1. Tempat dorang memang bersih dan menarik (takde lalat)
2. Layanan ramah
2. Layanan ramah
3. Tak kedekut tambah makanan bile tak cukup. Siap boleh tambah dan watkan hidangan baru untuk peserta yang alergi lauk ikan ni.
4. Makanan sedap dan aku memang belasah makan sampai la aku betul-betul kenyang.
Dalam 45minit lepas lunch, kitorang dibawa menaiki bot ke satu tempat untuk aktiviti canopy walk(Jalan kat titian gantung dari pokok ke pokok). Bagi yang 1st time, dorang ingatkan tinggi titi gantung tu macam tinggi pokok kelapa tapi dorang silap… Lepas naik tu baru dorang tau yang tingginya sehingga 2 3 pokok kelapa. Pokok balak beb.. Jarak dari pokok ke pokok dari 5 hingga 10 meter panjang. Time tu pecah perut aku tengok ade yang menangis mase jalan titi gantung tu siap meleleh hingus lagi. Hahaha.. Yang lelaki pon same gak, menggigil kepala lutut die. Jalan pon macam robot. Hahaha..
Petang tu sebelum balik ke resort, kitorang main rapid shooting. Cuaca mase tu masih lagi panas. 3 bot panjang yang membawa kami saling berlawan supaya bot lawan basah. Realitinya memang takde sape pon yang kering, sume basah lencun time tu. Lecturer pun dah jadi macam ktorang gak time tu. Takde lagi nak maintain serius macam kat kelas kuliah. Paling aku tak lupe midah yang duduk depan aku, bole plak gi simbah air kat en.suhaimi(lecturer). Kitorang plak gelak besar time en.suhaimi terpinga-pinga ingat kene simbah dengan bot lawan.. Brani btol ko midah. Wakakaka..
Bot berhenti jap kat kawasan orang asli. Hajat nak tengok perkampungan orang asli kat situ tapi tak jadi nak gi tengok kehidupan dorang tu sebab kene bayar rm30 satu kepala. Terbantut hajat aku nak merasa daging monyet bakar cicah dengan air asam. aku tipu je, jangan caye lak. Dorang skang makan Mcd dan kfc sebab untung tarah duit pelancong rm30 sorang. Nak balik je, hujan turun dengan lebat jadi kitorang stuck kat tanah lapang tepi sungai tu. Mase menunggu dalam bot tu, lecturer aku cakap air sungai tengah suam. Aku letakkan tangan aku dalam air sebab ingat die klentong aku. Betul ape yang die cakap dan mase tu aku tengok 4 5 budak laki dah terjun dalam sungai. Dengan lecturer pon terjun gak lepas tu. Aku betul-betul teruja terus aku pon join skali terjun dalam air. Pedulikan pasal takde insuran. 10 minit lepas tu takde sorang pon duduk dalam bot. Sume berendam, mandi manda sambil menikmati kesuaman air sungai petang tu.
Malam tu kitorang makan malam yang sedap dan wat aktiviti masing-masing lepas taklimat dari lecturer untuk hari besok..
Subscribe to:
Posts (Atom)