Thursday, March 26, 2009

60 Earth Hour



Sebagai tanda sokongan aku terhadap isu pemanasan global di bumi ni, maka pada 28 March 2009 ( Sabtu ) bermula 8.30 malam, lampu-lampu di rumah aku akan di padam selama 1 jam..
Aku harap badan-badan kerajaan, swasta dan NGO lain turut menyokong earth hour ni dengan menutup lampu traffic light, lampu-lampu jalan, siaran tv n radio. Atau paling mudah sekali, peranan besar TNB dengan menutup suis utama di setiap empangan hidronya yang membekalkan sumber elektrik ke seluruh Malaysia. Kan senang... U can do it TNB!..

Wednesday, March 25, 2009

Timetable . (5.30-6.30) . Bersukan

Skang ni aku dah ade hobi baru. Main badminton dan ping pong. Ni sume gara-gara Grandpa Lee chon Wei tak dapat kalahkan Lin Dingdang dalam tournement All England. Claim rebet motor rm150 yang aku tuntut kat pos office aritu dah aku abeskan untuk beli reket dan bulu tangkis.Gelanggang tak jadi masalah sebab kat department printing memang ade 1 court yang bebas angin taufan. Cuma skang ni kene berebut untuk dapatkan court tu ngan budak-budak yang main takraw.

Stakat ni lawan-lawan untuk badminton kebanyakannya celah gigi je. 2 3 orang je yang mampu bersaing ngan aku. Huhuhu.. berlagaknye aku. Takde la, sume nye bole je main badminton cume skill je kene perkemaskan lagi. Ceh macam jurulatih plak. Tapi kalau ade lawan yang berlagak hebat, jage baik la.. memang aku ayam-ayam kan die macam si @$*^! tu.
Hahahaha...

Ping pong plak aku gunakan meja studio je. Walaupun tak besar tapi boleh la untuk main suka-suka. Kalau rajin, malam-malam aku main kat audi utama sebab ade meja ping pong besar kat situ. Belecak gak ketiak aku main pakai meja besar tu. Lawannye pon ramai yang hebat-hebat..

Majulah sukan untuk kesihatan anda.

Tuesday, March 17, 2009

MRSM Taiping

Hari ni aku ngan 9 orang student yang lain rata-rata 04 dan 05 jadi fasilitator ( abg & kakak angkat) untuk pelajar-pelajar yang datang dari MRSM Taiping bersama guru pengiring dorang. Dorang ni amik subjek seni dalam SPM 2009 nanti. Boleh tahan gak ramai budak-budak ni. Ada la dalam 4 orang. Heh, kacang je... Tapi sume tu tak penting. Yang penting, aku dapat makan free dari pagi sampai malam slame 2 ari mendatang ni. Siap ade sijil penghargaan lagi.
Syukur... save duit makan untuk ari ni dan besok.

Sunday, March 15, 2009

Catatan Taman Negara #3

Ahad (1/3/2009)
Walaupun bermula lewat dari biasa sebab hujan dari malam tak henti-henti tapi sume ni tak menjejaskan aktiviti untuk hari ni. Aku mintak kat kakak kaunter supaya sarapan dilewatkan kol 8.30pagi sebab ade yang baru bangun nak mandi. Takpe la klau sarapan habis awal, bukan masalah aku. Aku pon dah malas nak jaga sape yang dah makan blom. Hari ni aktiviti satu hari ialah menghasilkan karya-karya agung yang bertemakan Taman Negara. Ceh..

Ade yang bersemangat dan ade yang hanye wat ala kadar termasuklah aku. Pagi ni aku seronok tengok keletah kendy yang terlupe bawak pisau cukur sejak dari shah alam. Aku bukan ade masalah sangat kalau sape-sape tak cukur misai tapi yang ni lain sikit. Die punye kalut macam orang yang hilang wallet. Jalan mane-mane pon nak tutup misai die. Aku tengok bukannye ade pape yang berubah pon tapi sebab kalut die tu je.. Hari tu die memang jadi bahan ketawa kitorang. Petang kol 5.30 kami mengadakan riadah petang bagi merapatkan silaturrahim antara kami. aku tak join tapi memang rapat....

Malam tu sepatutnya diisi dengan aktiviti sesi kritik oleh para lecturer tapi telah di tunda dengan pesta unggun api (request dari brader-brader yang bawak kitorang untuk aktiviti sblum ni). Pada mulanye aku ikut gak join aktiviti dorang ni. Mula-mula dorang wat unggun api dan start main gitar menyanyikan lagu pertama mereka, lagu orang asli.. Aktiviti ni turut disertai oleh beberapa orang warga asing. Bile brader-brader ni start ajak budak-budak ni menggoyangkan asset-aset badan dorang (menari).. jgn salah paham plak ea. Aku dan aswat pon blah gi ke restoran. Kat restoran tu memang dah ade budak-budak lain yang memang tak join. Lecturer pon ade tengah duduk santai sambil bersembang ape tah. Aku gi join grup yang tengah asyik tengok tv. Time tu dorang tengok cite Merlin kalu tak silap aku. Tak berape lame pastu datang la satu grup lagi join kitorang kat tv. Dorang cakap tak bleh masuk dengan aktiviti kat bawah sana(pesta unggun api dibuat kat dataran pasir tepi sungai).

Lepas abis cite merlin, kitorang menempek plak kat grup yang berkumpul kat hujung restoran. Rupanya dorang sedang asyik mendengar cerita angker(hantu) dari en.suhaimi katenye pengalaman sepanjang die belajar sampai la mengajar kat uitm shah alam ni. Banyak gak cite die, ble wat novel ni..

Isnin (2/3/2009)
Pagi ni hujan renyai-renyai lagi. Aku dah remain kat yang lain yang chek out kol 7.30 pagi tapi masih ade yang lambat lagi. Saje je aku suruh dorang awal. Biasa la orang melayu.. sebab tu aku bagitau awal-awal kat kakak kaunter tu kitorang chek out kol 8.30pagi. Bas kami bertolak dari jeti kuala tahan kol 10.30 pagi. Bas berhenti di pekan jerantut kol 11.40 pagi sampai 2petang. Time tu dorang bebas nak bershopping ke makan ke nak wat ape-ape je lah. Pekan jerantut ni kecik je. Walaupun kami berpecah, selang 20 minit pasti kami akan bertembung kat satu-satu tempat secara tak sengaja. Kendy dan kaleb wat hal plak time kitorang nak balik. Lame gak menunggu dorang ni kat bas. Lecturer pon dah tak senang duduk. Nak kate berak pon takde la lame camni. Bile tanye taknak lak bagitau. Si kendy ni mesti pegi beli pisau cukur. Selepas dorang sampai, kami sambut mereka dengan tepukan yang gemuruh.. Pastu perjalanan diteruskan.
Kami makan petang di perhentian Genting Sempah kol 4.30. Ramai yang beli makanan ringan untuk dibawa balik Shah Alam. Antara tempat yang menjadi kegemaran kami membuang duit ialah Kedai Makanan Ringan Mr.Sotong. Bukan sebab yang menjual tu seorang bapok tapi jurujual die ade sediakan sample makanan ringan yang kebanyakannya asam kering dan keropok untuk dirasa. Aku memang suka merasa, ade sample asam yang aku rasa sampai 2 3 kali. Bukan sebab percuma tapi sebab aku nak feel rase asam tu betul-betul. Jadi aku kene try 3 4 kali untuk setiap sample. Hahaha.. Last- last aku melabur gak duit aku kat kedai tu tapi aku beli keropok ikan la.

Perjalanan pulang mula bergerak perlahan selepas tu sebab ade accident kat highway laluan kami. Ade gak 2 3 orang yang sempat amik gambar. Malam tu klua berita berkaitan accident tu. Pemandunya politician india maut sebab bawak laju katenye.. Lepas tu jalan start jem bile masuk Gombak. Lagipon time tu orang berpusu-pusu balik kerja. Kami sampai kat uitm lebih kurang kol 8.30 malam. Horey! besok ade kelas liberal...

Saturday, March 14, 2009

Catatan Taman Negara Pahang #2

P/s: Lama gak aku tangguh nak update cite baru kat blog ni. Busy dengan bende -bende yang tak penting.. Aku rase lepas ni aku akan cube pendekkan essay aku kat blog ni sampai jadi 2 3 patah perkataan jek. Boleh ke?

Sabtu (28/2/2009)

Pagi tu kitorang mulakan aktiviti kedua iaitu mendaki Bukit Warisan. Acara bermula selepas sarapan pagi dalam kol 8.30 camtu la. Perjalanan mengambil masa selama 1 setengah jam untuk sampai ke puncak Bukit Warisan. Beberapa orang tak dapat teruskan sebab tak larat nak naik bukit tu. Sepanjang mendaki bukit tu banyak pemandangan yang menarik dapat aku tengok dan ade gak la beberapa laluan yang agak bahaya yang kadang-kadang buatkan aku rase cemas untuk dorang ni. Al-maklumlah ktorang pegi ni tak di cover oleh mane-mane agensi insuran. Kang ape lak aku nak cakap kat makbapak dorang klau jadi pape accident.

Sampai kat puncak bukit Warisan tu, masing-masing yang bawak hanpon tu dah start call mambang, makbapak dan orang kampung dorang. Bukan sebab dorang jakun nak cite dah sampai kat puncak bukit tapi sepanjang 4 hari 3 malam ktorang kat dalam hutan ni, memang susah nak dapat line kecuali yang pakai telepon atur ala-ala tentera. Tahniah dan respek aku kat prof.poni sebab berjaya mendaki sampai ke puncak walaupun pada awalnya aku tak yakin die boleh sampai sebab faktor usia serta keupayaan menyelamatkan sorang peserta dari jatuh dari bukit(tak tau la betul ke tak gosip ni).


Turun dari bukit Warisan, kitorang di ajak lunch kat restoran resort. Ade yang balik bilik dulu untuk mandi dan ade yang direct terus lepak kat restoran. Kami dijamu dengan 4 hidangan ala buffet untuk makan tengahari. Aku rasa puashati dengan servis makanan dorang sepanjang kat resort tu sebab :
1. Tempat dorang memang bersih dan menarik (takde lalat)
2. Layanan ramah
3. Tak kedekut tambah makanan bile tak cukup. Siap boleh tambah dan watkan hidangan baru untuk peserta yang alergi lauk ikan ni.
4. Makanan sedap dan aku memang belasah makan sampai la aku betul-betul kenyang.
Dalam 45minit lepas lunch, kitorang dibawa menaiki bot ke satu tempat untuk aktiviti canopy walk(Jalan kat titian gantung dari pokok ke pokok). Bagi yang 1st time, dorang ingatkan tinggi titi gantung tu macam tinggi pokok kelapa tapi dorang silap… Lepas naik tu baru dorang tau yang tingginya sehingga 2 3 pokok kelapa. Pokok balak beb.. Jarak dari pokok ke pokok dari 5 hingga 10 meter panjang. Time tu pecah perut aku tengok ade yang menangis mase jalan titi gantung tu siap meleleh hingus lagi. Hahaha.. Yang lelaki pon same gak, menggigil kepala lutut die. Jalan pon macam robot. Hahaha..

Petang tu sebelum balik ke resort, kitorang main rapid shooting. Cuaca mase tu masih lagi panas. 3 bot panjang yang membawa kami saling berlawan supaya bot lawan basah. Realitinya memang takde sape pon yang kering, sume basah lencun time tu. Lecturer pun dah jadi macam ktorang gak time tu. Takde lagi nak maintain serius macam kat kelas kuliah. Paling aku tak lupe midah yang duduk depan aku, bole plak gi simbah air kat en.suhaimi(lecturer). Kitorang plak gelak besar time en.suhaimi terpinga-pinga ingat kene simbah dengan bot lawan.. Brani btol ko midah. Wakakaka..

Bot berhenti jap kat kawasan orang asli. Hajat nak tengok perkampungan orang asli kat situ tapi tak jadi nak gi tengok kehidupan dorang tu sebab kene bayar rm30 satu kepala. Terbantut hajat aku nak merasa daging monyet bakar cicah dengan air asam. aku tipu je, jangan caye lak. Dorang skang makan Mcd dan kfc sebab untung tarah duit pelancong rm30 sorang. Nak balik je, hujan turun dengan lebat jadi kitorang stuck kat tanah lapang tepi sungai tu. Mase menunggu dalam bot tu, lecturer aku cakap air sungai tengah suam. Aku letakkan tangan aku dalam air sebab ingat die klentong aku. Betul ape yang die cakap dan mase tu aku tengok 4 5 budak laki dah terjun dalam sungai. Dengan lecturer pon terjun gak lepas tu. Aku betul-betul teruja terus aku pon join skali terjun dalam air. Pedulikan pasal takde insuran. 10 minit lepas tu takde sorang pon duduk dalam bot. Sume berendam, mandi manda sambil menikmati kesuaman air sungai petang tu.

Malam tu kitorang makan malam yang sedap dan wat aktiviti masing-masing lepas taklimat dari lecturer untuk hari besok..

Thursday, March 5, 2009

Catatan Taman Negara Pahang #1

Hari ni merupakan hari ke 3 selepas balik dari taman negara. Sepanjang lawatan kesana, banyak meninggalkan kenangan manis yang tak akan aku lupa sampai bile-bile. Syukur tak banyak masalah yang timbul ketika lawatan kat sane..

Jumaat (27/2/2009)
Pagi Jumaat jam 7.00 pagi, aku bertolak menaiki motor Kriss aku dari rumah ke kolej Seroja,Uitm. Mase tu tengah hujan renyai-renyai. Sampai kat depan pintu masuk kolej, aku nampak kelibat awe mencari-cari member yang lain sementara tu jalan dah start jem dengan bus rapid dan kereta. Selepas pergi parking moto aku kat dalam kolej, aku tanye kat awe kalau ade sesiape lagi yang belum sampai. Seperti yang aku jangkakan yang tak sampai lagi adalah lecturer tapi tak kisah la. Hujan masih lagi turun...


Kami bertolak tepat pukul 8.30 pagi.Sepanjang perjalanan ke taman negara tak banyak bende menarik yang berlaku kecuali berenti kat perhentian janda baik untuk breakfast. Pemandangan kat situ ok la jugak sebab baru lepas hujan. Satu lagi time perjalanan selepas dari pekan jerantut ke taman negara. Sepanjang perjalanan tu yang amik mase dalam 1 jam lebih membuatkan aku hampir muntah. Dengan jalan bengkang bengkok dan merbahaya, sape-sape yang duduk depan memang macam tak selamat je.


Sampai je ke jeti Kuala Tahan, kami pun punggah dan turunkan barang-barang. Dari bas kami mengangkut barang-barang yang dibawa ke jeti resort. Mase tu dalam kol 12.30 dan matahari memang terpacak betul-betul atas kepala aku. Panas dan memenatkan. Sampai kat jeti, dorang diberi kebebasan untuk beli brg, solat dan makan. Pasal aku dah janji kat resort tu sblum ni yang ktorang naik bot ke resort dalam kol 3 petang.


Dalam kol 2.30petang, kitorang dah dibenarkan naik bot awal skit. Bot panjang yang aku naik tu boleh menampung seramai 14 orang je. Jadi aku adalah orang yang pertama naik bot tu sebab aku kene jumpe kakitangan resort tu dulu sblum dorang ni sampai. Aku kne setelkan pasal bilik dorang ni dan lain-lain lagi. Nasib baik ade bum temankan aku. Kami disambut dengan hidangan air oren sebagai sambutan kedatangan kami..


Bile sume dah sampai resort tu, ktorang ke bilik masing-masing. Petang skit dalam kol 5, aku bawak dorang ni gi mandi sungai kat sebelah resort pasal dorang dah teruja sangat dengan Taman Negara ni. Aku tak mandi pasal sungai tu cetek. Bagi aku kalau ni berendam bole la.


Malam tu bermula la aktiviti pertama kami. Night Walk. sepanjang aktiviti tu takde pape yang menarik sebab kat kampung aku pun bole tengok kumbang, belalang daun, riang-riang, labah-labah. Mat Salleh yang follow ktorang je yang rase kagum tak penah jumpe bende-bende ni. Balik dari night walk memasing chek kaki sebab takut pacat. Ade jugak beberapa orang yang bernasib baik sebab kaki dorang kene pacat.


Takziah...