Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri.

Sebelum aku balik kampung malam ni ( lepas ujan berenti), izinkan aku susun sepuluh jari mohon ampun & maaf dari hujung kaki ke hujung rambut kepada sahabat, classmate, keluarga, lecturers, bekas kawan dan musuh(if ade). maaf andai ade salah silap dalam pertuturan atau perbuatan. Halalkan makan minum dan yang telah termakan terminum. sori kat awe sbb slalu jadi bahan umpat keji. SORRY AWE! kosong kosong keh.

Hari ini dalam Sejarah.

Hari ni dalam sejarah hidop aku berbuka puasa sorang2 kat studio ( memang aku sorang je yang ade kat bangunan fine art ni). Sedih gile berbuka ngan air masak + keropok udang je. Bukannye aku sengal taknak balik tapi hujan lebat kat luar ni tak mengizinkan aku balik. budak2 len dah selamat belayar balik kampung.. kalau bukan sebab nak ngejar dateline anta artwork print ( last ari ni kene anta) kat galeri lua, jangan harap aku nak datang studio.


Hari ni dalam sejarah idop aku, terpakse siapkan artwork print guna mesin press yang konvensional( tradisional) yang ade ni sebab bengkel print tutup awal. mesin yang boleh dikategorikan sebagai bahan arkib muzium @ tukun tiruan berada di ceruk penghujung benua bengkel print. mesin ni dah brape taun takde orang gune sebab dah ade mesin press baru. nasib baik ble berfungsi lagi. seksa gak nak gune mesin lame ni. . malang btol arini. Walaupun artwork print aku siap tapi kualitinya tidaklah secantik berbanding hasil daripada mesin print yang moden.

Thursday, August 20, 2009

Artist Visiting 06

Arini ade sesi kritik ngan lecturer setiap major. Aku tergolong dalam orang terakhir yang bernasib baik sebab kene kritik ngan lecturer tadi. Nasib baik takde pape komen panjang dari prof. Jai dan Prof. Ramlan kecuali pn. Rosiah je. Sume nak cepat abiskan komen dorang pasal perut memasing dah lapar. Prof. Jai la yang paling bersemangat skali nak gi makan. So far aku boleh teruskan dengan idea -idea untuk major print aku. tunggu je la sesi kritik yang kedua nanti. lebih ganas dan brutal!




Semalam lagi aku dah luaskan tanah jajahan kat kawasan konti aku ni. makin senang la aku nak letak barang- barang print aku. Jangan kene rembat lepas ni dah la.

Wednesday, August 19, 2009

Converse

Dah macam takde cite kot sampai kasut pon boleh jadi modal cite dalam blog ni. Senang cite, aku nak beli kasut baru. Tak sampai hati nak tengok kaki aku sarung kasut ni. Cukup la sarung kat dalam bengkel je. Tergiang -giang kata perli seorang sahabat "ni kasut pelbagai guna. nak pegi jumpe perdana menteri pakai kasut ni, nak gi jamban pakai kasut ni, nak gi bengkel pakai kasut ni, nak gi berkelah pon pakai kasut same gak." So aku nak tukar converse lame ni ngan yang baru. Aku taknak beli brand sama. nak try adidas lak. Lagipon dah lama aku tak beli hadiah untuk diri sendiri.


(2006) /value: rm 80++
(2009)/ value: priceless
> 1. beli ngan adda, adi n anne kat plaza hang tuah, melaka.
> 2. dekat 3 tahun taburkan jasa kat kaki aku. gi bandar,
kampung, masuk hutan, panjat bukit dll

Thursday, August 13, 2009

Lopong lagi..

Hari ni kelas major print dibatalkan. So aku datang lambat skit ke konti aku. Sampai je kat konti, aku nampak muka NG je. Yang len tak datang langsung. Muka - muka yang rajin datang dah naik ke galeri Tuanku Nur Zahirah. Kat sane tengah sibuk sebab tak lame lagi ade event dari Poland. Dorang pegi tolong r tu.

Aku naik jap ke galeri, saje je nak menyibuk. Sambil - sambil tu bole la jumpe en.Rahman ngan mintak buku log praktikal aku skali. Lepas bincang ngan en.Rahman pasal tesis, aku gi pusing jap kat menara uitm. Ade derma darah la pulak tapi mata aku pantas menyambar ke makanan yang terhidang untuk penderma darah. Bukan ape pon, lapar perut ni dari pagi tadi tak makan. Pikir jugak la nak derma ke tak. Last - last aku tengok je la makanan tu sebab malas nak derma darah. Ramai pulak orang yang nak makan free hari ni. Siap kene beratur kalau sesapa nak derma darah. Lain kali je lah..

Tuesday, August 11, 2009

lanjutkan umo aku.

Pagi tadi budak2 print bersemangat nak sambut birthday aku. konon nak wat suprise la konon padahal dorang tak tau, aku terlebih dulu dapat bau komplot dorang ni. Deria ke enam aku masih berfungsi lagi. Jadi sebab taknak sia -sia kan usaha dan semangat dorang ni, aku wat - wat bodoh je la. Akhirnya dorang hadiahkan sebijik kek perisa pandan. Tq.. Tq.. kat korang sebab telah bersusah payah adakan sambutan birthday aku. Aku memang hargai.
Tapi bile sebelah malam plak, aku tak bernasib baik. Memang ada bende yang tak kene bile DB panggil aku keluar dari surau semata - mata nak bagitau die nak balik. Kalau tak bole la aku lepak santai dalam surau. Bukak kipas, bukak aircond.. huu nyaman. Selama ni klau nak balik, takde lak db bagitau aku. Rupe nya die dah berpakat @ di gunakan Aswat untuk mengenakan aku. Chiss. cam haram budak- budak ni.
Aswat.. ade ubi ade batas. nanti aku balas punye. tunggu je la peluang untuk kenekan ko.

P/s: nasib baik ko simbah sebaldi air je tanpa bahan campuran. kalo tak aku amuk..

Monday, August 10, 2009

thesis

tadi anta thesis kat pn.ros. cam haram je thesis aku. serupe macam jurnal time diploma dulu.