Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri.

Sebelum aku balik kampung malam ni ( lepas ujan berenti), izinkan aku susun sepuluh jari mohon ampun & maaf dari hujung kaki ke hujung rambut kepada sahabat, classmate, keluarga, lecturers, bekas kawan dan musuh(if ade). maaf andai ade salah silap dalam pertuturan atau perbuatan. Halalkan makan minum dan yang telah termakan terminum. sori kat awe sbb slalu jadi bahan umpat keji. SORRY AWE! kosong kosong keh.

Hari ini dalam Sejarah.

Hari ni dalam sejarah hidop aku berbuka puasa sorang2 kat studio ( memang aku sorang je yang ade kat bangunan fine art ni). Sedih gile berbuka ngan air masak + keropok udang je. Bukannye aku sengal taknak balik tapi hujan lebat kat luar ni tak mengizinkan aku balik. budak2 len dah selamat belayar balik kampung.. kalau bukan sebab nak ngejar dateline anta artwork print ( last ari ni kene anta) kat galeri lua, jangan harap aku nak datang studio.


Hari ni dalam sejarah idop aku, terpakse siapkan artwork print guna mesin press yang konvensional( tradisional) yang ade ni sebab bengkel print tutup awal. mesin yang boleh dikategorikan sebagai bahan arkib muzium @ tukun tiruan berada di ceruk penghujung benua bengkel print. mesin ni dah brape taun takde orang gune sebab dah ade mesin press baru. nasib baik ble berfungsi lagi. seksa gak nak gune mesin lame ni. . malang btol arini. Walaupun artwork print aku siap tapi kualitinya tidaklah secantik berbanding hasil daripada mesin print yang moden.