Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri.

Sebelum aku balik kampung malam ni ( lepas ujan berenti), izinkan aku susun sepuluh jari mohon ampun & maaf dari hujung kaki ke hujung rambut kepada sahabat, classmate, keluarga, lecturers, bekas kawan dan musuh(if ade). maaf andai ade salah silap dalam pertuturan atau perbuatan. Halalkan makan minum dan yang telah termakan terminum. sori kat awe sbb slalu jadi bahan umpat keji. SORRY AWE! kosong kosong keh.

Hari ini dalam Sejarah.

Hari ni dalam sejarah hidop aku berbuka puasa sorang2 kat studio ( memang aku sorang je yang ade kat bangunan fine art ni). Sedih gile berbuka ngan air masak + keropok udang je. Bukannye aku sengal taknak balik tapi hujan lebat kat luar ni tak mengizinkan aku balik. budak2 len dah selamat belayar balik kampung.. kalau bukan sebab nak ngejar dateline anta artwork print ( last ari ni kene anta) kat galeri lua, jangan harap aku nak datang studio.


Hari ni dalam sejarah idop aku, terpakse siapkan artwork print guna mesin press yang konvensional( tradisional) yang ade ni sebab bengkel print tutup awal. mesin yang boleh dikategorikan sebagai bahan arkib muzium @ tukun tiruan berada di ceruk penghujung benua bengkel print. mesin ni dah brape taun takde orang gune sebab dah ade mesin press baru. nasib baik ble berfungsi lagi. seksa gak nak gune mesin lame ni. . malang btol arini. Walaupun artwork print aku siap tapi kualitinya tidaklah secantik berbanding hasil daripada mesin print yang moden.

Thursday, August 20, 2009

Artist Visiting 06

Arini ade sesi kritik ngan lecturer setiap major. Aku tergolong dalam orang terakhir yang bernasib baik sebab kene kritik ngan lecturer tadi. Nasib baik takde pape komen panjang dari prof. Jai dan Prof. Ramlan kecuali pn. Rosiah je. Sume nak cepat abiskan komen dorang pasal perut memasing dah lapar. Prof. Jai la yang paling bersemangat skali nak gi makan. So far aku boleh teruskan dengan idea -idea untuk major print aku. tunggu je la sesi kritik yang kedua nanti. lebih ganas dan brutal!




Semalam lagi aku dah luaskan tanah jajahan kat kawasan konti aku ni. makin senang la aku nak letak barang- barang print aku. Jangan kene rembat lepas ni dah la.

Wednesday, August 19, 2009

Converse

Dah macam takde cite kot sampai kasut pon boleh jadi modal cite dalam blog ni. Senang cite, aku nak beli kasut baru. Tak sampai hati nak tengok kaki aku sarung kasut ni. Cukup la sarung kat dalam bengkel je. Tergiang -giang kata perli seorang sahabat "ni kasut pelbagai guna. nak pegi jumpe perdana menteri pakai kasut ni, nak gi jamban pakai kasut ni, nak gi bengkel pakai kasut ni, nak gi berkelah pon pakai kasut same gak." So aku nak tukar converse lame ni ngan yang baru. Aku taknak beli brand sama. nak try adidas lak. Lagipon dah lama aku tak beli hadiah untuk diri sendiri.


(2006) /value: rm 80++
(2009)/ value: priceless
> 1. beli ngan adda, adi n anne kat plaza hang tuah, melaka.
> 2. dekat 3 tahun taburkan jasa kat kaki aku. gi bandar,
kampung, masuk hutan, panjat bukit dll

Thursday, August 13, 2009

Lopong lagi..

Hari ni kelas major print dibatalkan. So aku datang lambat skit ke konti aku. Sampai je kat konti, aku nampak muka NG je. Yang len tak datang langsung. Muka - muka yang rajin datang dah naik ke galeri Tuanku Nur Zahirah. Kat sane tengah sibuk sebab tak lame lagi ade event dari Poland. Dorang pegi tolong r tu.

Aku naik jap ke galeri, saje je nak menyibuk. Sambil - sambil tu bole la jumpe en.Rahman ngan mintak buku log praktikal aku skali. Lepas bincang ngan en.Rahman pasal tesis, aku gi pusing jap kat menara uitm. Ade derma darah la pulak tapi mata aku pantas menyambar ke makanan yang terhidang untuk penderma darah. Bukan ape pon, lapar perut ni dari pagi tadi tak makan. Pikir jugak la nak derma ke tak. Last - last aku tengok je la makanan tu sebab malas nak derma darah. Ramai pulak orang yang nak makan free hari ni. Siap kene beratur kalau sesapa nak derma darah. Lain kali je lah..

Tuesday, August 11, 2009

lanjutkan umo aku.

Pagi tadi budak2 print bersemangat nak sambut birthday aku. konon nak wat suprise la konon padahal dorang tak tau, aku terlebih dulu dapat bau komplot dorang ni. Deria ke enam aku masih berfungsi lagi. Jadi sebab taknak sia -sia kan usaha dan semangat dorang ni, aku wat - wat bodoh je la. Akhirnya dorang hadiahkan sebijik kek perisa pandan. Tq.. Tq.. kat korang sebab telah bersusah payah adakan sambutan birthday aku. Aku memang hargai.
Tapi bile sebelah malam plak, aku tak bernasib baik. Memang ada bende yang tak kene bile DB panggil aku keluar dari surau semata - mata nak bagitau die nak balik. Kalau tak bole la aku lepak santai dalam surau. Bukak kipas, bukak aircond.. huu nyaman. Selama ni klau nak balik, takde lak db bagitau aku. Rupe nya die dah berpakat @ di gunakan Aswat untuk mengenakan aku. Chiss. cam haram budak- budak ni.
Aswat.. ade ubi ade batas. nanti aku balas punye. tunggu je la peluang untuk kenekan ko.

P/s: nasib baik ko simbah sebaldi air je tanpa bahan campuran. kalo tak aku amuk..

Monday, August 10, 2009

thesis

tadi anta thesis kat pn.ros. cam haram je thesis aku. serupe macam jurnal time diploma dulu.

Sunday, August 2, 2009

1

Rasenye petang ni aku sorang je kat fakulti seni halus kot. tak nampak batang hidung sesape pon kat sini. cleaner pon takde.

Wednesday, July 29, 2009

Selamat..

Aku makin malas nak update blog ni. sekarang facebook lebih menjadi keutamaan aku.
News baru, hmm.. ape ek.
YasminAhmad meninggal. Takziah. Selamat tinggal seorang pengarah berbakat.
Uitm bercuti seminggu sebab H1N1. bagus gak. nanti cuti raye jadi 2.. 3.. hari je. Selamat Hari Raya paling pendek dalam sejarah hidop aku.
Tadi Lecture dari Melaka datang meeting kat Fakulti AD, S.Alam. jumpe gak la muke En.Rosli,En.Amir n En.Hisham. Selamat Kembali memori Uitm Melaka.
Malam ni lak makan mee kari kat umah awe. Mimpi ape lak budak2 umah awe masak mee kari malam ni. Lantak la, janji perut aku makin boroi. Selamat duit makan malam aku.
Wokey..

Friday, June 26, 2009

Adios!

wooo, lame x update blog ni. asyik layan facebook jek. sepanjang bulan mei n june ni aku bz ngan praktikal. time bz memang bz betul tapi bile time takde keje(sbenarnya buat2 xde keje), memang melayan counterstrike je. 1 ofis main. memang meriah. Praktikal kat galeri Uitm memang bleh tahan gak la. Banyak pengalaman baru yang aku dapat. so aku selitkan gambar aktiviti sepanjang berpraktikal kat Galeri seni Tuanku Nur Zahirah. pasni ade lagi event yang tengah beratur


Open Day kat EPu Putrajaya. Jabatan Perdana Menteri


flamingo naik basikal. terbuka untuk di bida.



shooting anak wayang kat galeri


KPJ siri 2

Saturday, June 6, 2009

Result sem 05

huhuhu.. minggu depan result exam kluar. Klau ade cable, minggu ni pon dah bleh tau. Congrats awe pasal lepas sume subject but takziah kpd kurt. hahaha.

Thursday, June 4, 2009

KPJ Selangor Specialist Hospital

Semalam aku dan 3 lagi crew galeri seni Uitm dapat job untuk program Artworkshop ngan pesakit kanak-kanak kat KPJ. Selain memperkenalkan seni, kami juga perlu menjadikan art workshop ni enjoyable. Mula-mula memang la budak-budak ni memalu. bile dah kenal, dengan kitorang skali jadi budak-budak. Tonggang langgang bilik playground kat hospital tu.


brief pasal origami


jadi fasilitator kat budak-budak sakit


yang pakai topeng ultraman tu paling hyperactive. Harapannye supaya bateri kelip-kelip merah kat dada die malap (bateri habis). tapi hareem. makin lasak ade la. pakai bateri energizer kot budak ni..

Thursday, May 28, 2009

Bali lagi deh!



Ni antara view yang menarik kat bali, indonesia.






Konvokesyen UiTM ke-70

Konvokesyen Uitm ke-70 sedang berlangsung dari hari Selasa lepas lagi. Besok budak- budak AD yang dah grad akan naik pentas untuk terima diploma dan ijazah masing-masing. Congrats!

Aku ade terjumpe 1 gambar konvo yang menampilkan muke-muke geng bluekang dalam hardisk lame aku. Ni gambar terakhir sebelum bluekang berpecah.

Friday, May 22, 2009

Berita Dari Bali,Indonesia.

Huhuhuu.. Sori sebab buatkan korang tertunggu -tunggu. Semenjak balik dari Bali, memang aku agak sibuk berpraktikal kat Galeri Tuanku NurZahirah ni. Kate "siLabuLabi", selagi belum tutup mate, kerja, kerja,kerja..

Aku pon malas nak bebel panjang kat blog ni. Klau aku bebel, mesti 2 3 page pon tak cukup untuk cite 6 hari 5 malam experience aku kat Bali. So aku letakkan gambar- gambar je. Enjoy..


gambar kat Tanah Lot. Kawasan keagamaan tepi pantai berbatu. View kat sini memang superb!



gambar ni di ambil kat kawasan Muzium Kertha Gosa.



di pantai Kuta(kute). Budak-budak ni antara komuniti di kawasan ni. Sempat gak aku bersembang ngan dorang. Ngak paham sih..


ni plak kat Muzium Antonio Blanco. berbaju merah tu anak die, mario blanco. Antara pencatan terkenal di Indonesia. Mereka lebih kepada gayaan Expressionism.

Gambar - gambar yang lain aku akan update dari mase ke semasa. nak balik dah ni. Adios!

Monday, May 11, 2009

Salam dari bali. Sekarang pukul 10.47 malam di sini. Aku sedang mengadap didepan pc cafeinternet di depan homestay aku,1jam caj nye 5000rupiah( dalam rm1.75). Aku memang enjoy sangat kat sni . ni aku selitkan pic supaye korang jeles.Tinggal lagi 3 hari aku kat bali ni. lain kali aku update lagi. Permisi dulu..

Friday, May 8, 2009

Akhirnya..

hahaha... akhirnya tercapai gak hasrat aku nak melancong lua dari negara ni. Besok (Sabtu), aku akan terbang ke negara indonesia. Destinasinya Bali. Ade International Excursion Bali 2009 kat sane. Aku tak brape tau sangat pasal mende ni tapi dari aturcara programnye macam best jek. Nanti aku update cite pasal bali ni lepas aku balik dari sane. hahaha..


Pasport ni baru je siap pagi tadi. Harap berbaloi la time kat bali nanti dengan harge pasport ni.

Wednesday, May 6, 2009

zaman diploma

Tadi aku selongkar pc awe. Dapat gak la beberapa keping gambar yang ade sentimental value pade aku. Sesekali korek balik memori time diploma dulu, buatkan aku tersenyum sendiri..

1st skali biar aku perkenalkan grup "bluekang". Ahli grup ni hanye ade aku, adi, awe n jot. Lagipon dalam klas aku dulu, ni je la budak laki yang ade. Mase tu ade la beberapa aktiviti yang best berlaku time grup ni aktif (diploma). Skang sume dah ade haluan memasing.


bbq ni kitorang wat kat blakang studio. main redah je. siang ikan kat singki, daun pisang,cili api rembat kat kwsn nusery uitm. menu mase tu (kerang, ikan, jagung) bakar, sambal kicap. nasi je beli sbb takde rice cooker. tetamu jemputan ct panic. selang beberapa minggu lepas tu awe jadi ketua projek wat bbq siri 2 tapi hujan lebat time tu. Last skali,daging burger dikepal-kepal n panggang mcm marshmallow. besoknye sakit perut.


time ni kat langkawi


otw nak balik ke uitm selepas lawatan klass.

bebas! merdeka!

Tadi assessment Drawing dan minor painting. Merdeka tu merdeka la jugak tapi result untuk 2 subject ni macam takde harapan je nak score. Silap-silap bole repeat pe. Mintak simpang la..

Friday, May 1, 2009

Tunda lagi.

Assessment major print ditunda ke hari isnin depan. Brape banyak tunda da..
Sehingga pkol 10 malam ni, aku mampu siapkan 68 keping 'edition' print jek. 7 jam aku marathon kat bengkel, yang tu je mampu aku wat. Bsok kene sambung lagi. Nak try pecahkan record 7 jam nih pulak.

ni aku tunjukkan gambar artwork print aku yang still dalam progress.