Sunday, March 15, 2009

Catatan Taman Negara #3

Ahad (1/3/2009)
Walaupun bermula lewat dari biasa sebab hujan dari malam tak henti-henti tapi sume ni tak menjejaskan aktiviti untuk hari ni. Aku mintak kat kakak kaunter supaya sarapan dilewatkan kol 8.30pagi sebab ade yang baru bangun nak mandi. Takpe la klau sarapan habis awal, bukan masalah aku. Aku pon dah malas nak jaga sape yang dah makan blom. Hari ni aktiviti satu hari ialah menghasilkan karya-karya agung yang bertemakan Taman Negara. Ceh..

Ade yang bersemangat dan ade yang hanye wat ala kadar termasuklah aku. Pagi ni aku seronok tengok keletah kendy yang terlupe bawak pisau cukur sejak dari shah alam. Aku bukan ade masalah sangat kalau sape-sape tak cukur misai tapi yang ni lain sikit. Die punye kalut macam orang yang hilang wallet. Jalan mane-mane pon nak tutup misai die. Aku tengok bukannye ade pape yang berubah pon tapi sebab kalut die tu je.. Hari tu die memang jadi bahan ketawa kitorang. Petang kol 5.30 kami mengadakan riadah petang bagi merapatkan silaturrahim antara kami. aku tak join tapi memang rapat....

Malam tu sepatutnya diisi dengan aktiviti sesi kritik oleh para lecturer tapi telah di tunda dengan pesta unggun api (request dari brader-brader yang bawak kitorang untuk aktiviti sblum ni). Pada mulanye aku ikut gak join aktiviti dorang ni. Mula-mula dorang wat unggun api dan start main gitar menyanyikan lagu pertama mereka, lagu orang asli.. Aktiviti ni turut disertai oleh beberapa orang warga asing. Bile brader-brader ni start ajak budak-budak ni menggoyangkan asset-aset badan dorang (menari).. jgn salah paham plak ea. Aku dan aswat pon blah gi ke restoran. Kat restoran tu memang dah ade budak-budak lain yang memang tak join. Lecturer pon ade tengah duduk santai sambil bersembang ape tah. Aku gi join grup yang tengah asyik tengok tv. Time tu dorang tengok cite Merlin kalu tak silap aku. Tak berape lame pastu datang la satu grup lagi join kitorang kat tv. Dorang cakap tak bleh masuk dengan aktiviti kat bawah sana(pesta unggun api dibuat kat dataran pasir tepi sungai).

Lepas abis cite merlin, kitorang menempek plak kat grup yang berkumpul kat hujung restoran. Rupanya dorang sedang asyik mendengar cerita angker(hantu) dari en.suhaimi katenye pengalaman sepanjang die belajar sampai la mengajar kat uitm shah alam ni. Banyak gak cite die, ble wat novel ni..

Isnin (2/3/2009)
Pagi ni hujan renyai-renyai lagi. Aku dah remain kat yang lain yang chek out kol 7.30 pagi tapi masih ade yang lambat lagi. Saje je aku suruh dorang awal. Biasa la orang melayu.. sebab tu aku bagitau awal-awal kat kakak kaunter tu kitorang chek out kol 8.30pagi. Bas kami bertolak dari jeti kuala tahan kol 10.30 pagi. Bas berhenti di pekan jerantut kol 11.40 pagi sampai 2petang. Time tu dorang bebas nak bershopping ke makan ke nak wat ape-ape je lah. Pekan jerantut ni kecik je. Walaupun kami berpecah, selang 20 minit pasti kami akan bertembung kat satu-satu tempat secara tak sengaja. Kendy dan kaleb wat hal plak time kitorang nak balik. Lame gak menunggu dorang ni kat bas. Lecturer pon dah tak senang duduk. Nak kate berak pon takde la lame camni. Bile tanye taknak lak bagitau. Si kendy ni mesti pegi beli pisau cukur. Selepas dorang sampai, kami sambut mereka dengan tepukan yang gemuruh.. Pastu perjalanan diteruskan.
Kami makan petang di perhentian Genting Sempah kol 4.30. Ramai yang beli makanan ringan untuk dibawa balik Shah Alam. Antara tempat yang menjadi kegemaran kami membuang duit ialah Kedai Makanan Ringan Mr.Sotong. Bukan sebab yang menjual tu seorang bapok tapi jurujual die ade sediakan sample makanan ringan yang kebanyakannya asam kering dan keropok untuk dirasa. Aku memang suka merasa, ade sample asam yang aku rasa sampai 2 3 kali. Bukan sebab percuma tapi sebab aku nak feel rase asam tu betul-betul. Jadi aku kene try 3 4 kali untuk setiap sample. Hahaha.. Last- last aku melabur gak duit aku kat kedai tu tapi aku beli keropok ikan la.

Perjalanan pulang mula bergerak perlahan selepas tu sebab ade accident kat highway laluan kami. Ade gak 2 3 orang yang sempat amik gambar. Malam tu klua berita berkaitan accident tu. Pemandunya politician india maut sebab bawak laju katenye.. Lepas tu jalan start jem bile masuk Gombak. Lagipon time tu orang berpusu-pusu balik kerja. Kami sampai kat uitm lebih kurang kol 8.30 malam. Horey! besok ade kelas liberal...

No comments:

Post a Comment