Sabtu (28/2/2009)
Pagi tu kitorang mulakan aktiviti kedua iaitu mendaki Bukit Warisan. Acara bermula selepas
sarapan pagi dalam kol 8.30 camtu la. Perjalanan mengambil masa selama 1 setengah jam untuk sampai ke puncak Bukit Warisan. Beberapa orang tak dapat teruskan sebab tak larat nak naik bukit tu. Sepanjang mendaki bukit tu banyak pemandangan yang menarik dapat aku tengok dan ade gak la beberapa laluan yang agak bahaya yang kadang-kadang buatkan aku rase cemas untuk dorang ni. Al-maklumlah ktorang pegi ni tak di cover oleh mane-mane agensi insuran. Kang ape lak aku nak cakap kat makbapak dorang klau jadi pape accident.
Sampai kat puncak bukit Warisan tu, masing-masing ya
ng bawak hanpon tu dah start call mambang, makbapak dan orang kampung dorang. Bukan sebab dorang jakun nak cite dah sampai kat puncak bukit tapi sepanjang 4 hari 3 malam ktorang kat dalam hutan ni, memang susah nak dapat line kecuali yang pakai telepon atur ala-ala tentera. Tahniah dan respek aku kat prof.poni sebab berjaya mendaki sampai ke puncak walaupun pada awalnya aku tak yakin die boleh sampai sebab faktor usia serta keupayaan menyelamatkan sorang peserta dari jatuh dari bukit(tak tau la betul ke tak gosip ni).
Turun dari bukit Warisan, kitorang di ajak lunch kat restoran resort. Ade yang balik bilik dulu untuk mandi dan ade yang direct terus lepak kat restoran. Kami dijamu dengan 4 hidangan ala buffet untuk makan tengahari. Aku rasa puashati dengan servis makanan dorang sepanjang kat resort tu sebab :
1. Tempat dorang memang bersih dan menarik (takde lalat)
2. Layanan ramah
2. Layanan ramah
3. Tak kedekut tambah makanan bile tak cukup. Siap boleh tambah dan watkan hidangan baru untuk peserta yang alergi lauk ikan ni.
4. Makanan sedap dan aku memang belasah makan sampai la aku betul-betul kenyang.
Petang tu sebelum balik ke resort, kitorang main rapid shooting. Cuaca mase tu masih lagi panas. 3 bot panjang yang membawa kami saling berlawan supaya bot lawan basah. Realitinya memang takde sape pon yang kering, sume basah lencun time tu. Lecturer pun dah jadi macam ktorang gak time tu. Takde lagi nak maintain serius macam kat kelas kuliah. Paling aku tak lupe midah yang duduk depan aku, bole plak gi simbah air kat en.suhaimi(lecturer). Kitorang plak gelak besar time en.suhaimi terpinga-pinga ingat kene simbah dengan bot lawan.. Brani btol ko midah. Wakakaka..
Malam tu kitorang makan malam yang sedap dan wat aktiviti masing-masing lepas taklimat dari lecturer untuk hari besok..
No comments:
Post a Comment