Thursday, March 5, 2009

Catatan Taman Negara Pahang #1

Hari ni merupakan hari ke 3 selepas balik dari taman negara. Sepanjang lawatan kesana, banyak meninggalkan kenangan manis yang tak akan aku lupa sampai bile-bile. Syukur tak banyak masalah yang timbul ketika lawatan kat sane..

Jumaat (27/2/2009)
Pagi Jumaat jam 7.00 pagi, aku bertolak menaiki motor Kriss aku dari rumah ke kolej Seroja,Uitm. Mase tu tengah hujan renyai-renyai. Sampai kat depan pintu masuk kolej, aku nampak kelibat awe mencari-cari member yang lain sementara tu jalan dah start jem dengan bus rapid dan kereta. Selepas pergi parking moto aku kat dalam kolej, aku tanye kat awe kalau ade sesiape lagi yang belum sampai. Seperti yang aku jangkakan yang tak sampai lagi adalah lecturer tapi tak kisah la. Hujan masih lagi turun...


Kami bertolak tepat pukul 8.30 pagi.Sepanjang perjalanan ke taman negara tak banyak bende menarik yang berlaku kecuali berenti kat perhentian janda baik untuk breakfast. Pemandangan kat situ ok la jugak sebab baru lepas hujan. Satu lagi time perjalanan selepas dari pekan jerantut ke taman negara. Sepanjang perjalanan tu yang amik mase dalam 1 jam lebih membuatkan aku hampir muntah. Dengan jalan bengkang bengkok dan merbahaya, sape-sape yang duduk depan memang macam tak selamat je.


Sampai je ke jeti Kuala Tahan, kami pun punggah dan turunkan barang-barang. Dari bas kami mengangkut barang-barang yang dibawa ke jeti resort. Mase tu dalam kol 12.30 dan matahari memang terpacak betul-betul atas kepala aku. Panas dan memenatkan. Sampai kat jeti, dorang diberi kebebasan untuk beli brg, solat dan makan. Pasal aku dah janji kat resort tu sblum ni yang ktorang naik bot ke resort dalam kol 3 petang.


Dalam kol 2.30petang, kitorang dah dibenarkan naik bot awal skit. Bot panjang yang aku naik tu boleh menampung seramai 14 orang je. Jadi aku adalah orang yang pertama naik bot tu sebab aku kene jumpe kakitangan resort tu dulu sblum dorang ni sampai. Aku kne setelkan pasal bilik dorang ni dan lain-lain lagi. Nasib baik ade bum temankan aku. Kami disambut dengan hidangan air oren sebagai sambutan kedatangan kami..


Bile sume dah sampai resort tu, ktorang ke bilik masing-masing. Petang skit dalam kol 5, aku bawak dorang ni gi mandi sungai kat sebelah resort pasal dorang dah teruja sangat dengan Taman Negara ni. Aku tak mandi pasal sungai tu cetek. Bagi aku kalau ni berendam bole la.


Malam tu bermula la aktiviti pertama kami. Night Walk. sepanjang aktiviti tu takde pape yang menarik sebab kat kampung aku pun bole tengok kumbang, belalang daun, riang-riang, labah-labah. Mat Salleh yang follow ktorang je yang rase kagum tak penah jumpe bende-bende ni. Balik dari night walk memasing chek kaki sebab takut pacat. Ade jugak beberapa orang yang bernasib baik sebab kaki dorang kene pacat.


Takziah...

1 comment: