Friday, February 27, 2009
An evening in Central Market
Jam sekarang nak dekat kol 1 pagi. Masa ni aku tengah preparekan barang- barang lukisan yang nak dibawa kat taman negara pagi ni. Nasib baik ade rin dan adeq, klau tidak sorang-sorang lagi la aku kat studio malam ni. Lagipon skang ni baru je lepas hujan. Boleh tahan gak lebat die. Terbantut plan aku nak balik awal. Huu... tak tau la cuaca kat taman negara nanti macam mane. Jangan slalu hujan macam kat sini udah la. Biar la panas terik daripada bertapa kat dalam bilik je.
Semalam, lepas aku wat bayaran akhir kat main office Nusa resort (taman negara), aku gi opening Hot Art competition kat Annexe Gallery kat Central Market(CM). Aku dapat jemputan dari pihak galeri kat CM tu sebab aku masuk competition tu. Walaupon tak menang tapi aku tetap bangga sebab artwork aku adalah antara 26 artwork pilihan yang dipamerkan dalam pameran tu.
Time aku masuk galeri tu, ramai gak orang yang dah sampai awal. Rata-rata orang cina, melayu dan mat saleh. Orang india memang aku tak nampak seko pon. Langkah pertama aku menuju ke kaunter depan pintu utama. Kat situ aku memang kutip segala katalog yang ade. bole wat reference untuk artwork yang akan datang. sambil-sambil tu aku pon sain la buku autograf yang dorang letak kat atas meja tu.
Destinasi seterusnya ialah makanan. Biasenya setiap kali opening kat art gallery, memang pihak pengajur akan sajikan makanan. Tapi time tu dorang blom bawak klua lagi makanan. Yang ade cume botol-botol dan tin hijau arak kat penjuru sudut galeri. Sape- sape pon ble amik. Free je. Sementara tunggu dorang bawak klua makanan, aku gi la tengok-tengok artwork yang dipamerkan. Banyak gak IPTA dan IPTS yang join. Dari katalog yang aku baca, ade 94 artwork yang join competition tu.
Kebanyakan artwork yang dipamerkan memang ade konsep dan idea dorang sendiri untuk disampaikan. Patut la aku tak menang. Tengah aku belek-belek work yang ade, aku nampak sorang waiter klua bawak sedulang makanan. beberape minit pas tu klua lagi waiter ngan dulang baru. Ape lagi, aku pon start la misi gi melantak sampai kenyang. Makanan yang dorang hidang tu ade yang sedap dan ade yang macam hareeeem je rase die. Paling aku suka bebola ayam dan fishchip. aku pulun yang tu je. Air die sediakan lime juice jek. Aku rase dorang ni nak jimat gula la. Langsung takde gula dalam air tu. Takpe la.. janji aku tak klua duit untuk makanan tu. Pastu acara seterusnya mula membuatkan aku bosan sebab 1)aku dah kenyang 2)ade ape je, ucapan dari penganjur, perasmian dan penyampaian hadiah.
Aku dah dapat rase yang aku agak sukar untuk menang sebab artwork aku cuma lukisan lanscape dari gambar je berbanding dorang yang lain penuh dengan idea dan konsep. Pape pon lepas lawatan ni, aku akan usaha lagi supaya aku lak yang menang dalam mane-mane art competition. Tengok je la nanti....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment