Hari ni aku agak kalut sikit, risau ade, takut pun ade sebab memikirkan pasal lawatan taman negara yang tak sampai 49 jam lagi. Tak habis-habis lagi cite pasal ni. Banyak lagi bende yang tak setel lagi. Masalah utama sekarang ni ade lagi 3 kekosongan tempat yang perlu di isi sebelum aku gi buat bayaran akhir pada hari rabu ni. mampus aku.! mane nak cari lagi 3 orang ni. Budak-budak batch lain sume dah aku invite tapi setakat ni takde lagi tanda-tanda positif yang dorang nak join. Masing-masing ade komitmen. Dengan assignment yang bertimbun, clash dengan lawatan gi terengganu n takde duit. Tu yang dorang cakap kat aku.
Ahh.. tak kisah lah. tapi sekarang ni aku kene pikirkan jalan untuk bagi berisi 3 tempat kosong ni.Kang kalau aku mintak extra bayaran untuk cover tempat kosong tu, bising plak budak-budak ni.Dorang ni memang sensitif bab-bab duit ni. Kalau boleh, gi taman negara tu nak bayar rm20 je. Hape kejadahhh...
Tadi pon mase nak masuk studio, aku terdengar gak suara- suara sumbang dari beruk bin siamang. sorang budak junior ni mengomel kat kawan die. Saje je provok kat kawan die supaya jangan join. Macam tapir. Katenye bayaran gi taman negara tu mahal sangat. Gerammm lak bile aku dengar. Cakap pong pang macam die penah pegi je. Pooodah.. Skang ni aku nak kutuk die pulak dalam blog aku ni. Mase tu aku cakap dalam hati je la.." Bodohnye mamat ni (budak tu lelaki), die ingat aku main petik je ke harge gi taman negara tu. Aku ni tak amik 1 sen untung pon dari duit dorang ni. Tu la die kalau cakap taknak pikir dulu, buat tambah dosa aku je.. Patutnye aku tulis dalam notis yang aku tampal tu, cabaran kepada sesiapa yang boleh cari harge yang lagi murah dari harge yang aku tawarkan dengan pakej macam aku buat. Bongok punye budak.. Kalau la aku bole brentikan mase, nak je aku tumbuk perut die sampai klua buasir die.."
Huu.. lega hati aku dapat meluahkan rase amarah aku ni.
Terima kasih kerana sudi mendengar luahan rasa ini. Hahahaha.. PEACE NO WAR.
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment