Hari Ahad tepat pukul 6.30 petang tadi, aku,awe,kurt,kassim(rofli),fakrul memulakan langkah bersemangat untuk berjogging kat tasik section7. tak tau la name ape tasik tu tapi aku panggil tasik seksyen 7 jela. sebenarnya memang perancangan awal aku nak gerak awal sikit dalam pukul 5.30 tapi memandangkan karenah budak- budak ni, dengan awe bru nak jahit seluar sukan die, kurt main PS2, kassim n fakrul..suam2 kuku je nak pegi maka tertangguh la kejap aktiviti murni aku ni. ktorang g sane naik 3 bijik moto.
Jangkaan awal aku hanya warga tua je yang jog kat situ sebab ni first time ak nak jogging kat tasik 2 tapi meleset lepas sampai kat sne. Makhluk2 kat situ lebih ramai dari sangkaan aku. Dari warga tua, mak budak, bapak budak, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik sampai la ke penjual aiskrim. Takpe la sambil-sambil jogging tu ble la aku cuci mate rabun aku ni. Lagipun aku jogging ni sebab nak bentuk balik stamina sebelum masuk taman negara pahang hujung bulan ni. Lepas sampai kat tasik, kitorang parking moto kat kaki lima.
Untuk kali pertama menjejakkan kaki kat situ, aku n bdk2 ni berjalan je dulu sebab xnak bagi badan terkejut psl x wat warm up dulu. Bile dah hampir separuh tasik baru la aku start berjogging. cukup je 1 pusingan, aku brenti kat tempat parking moto aku tadi sambil tunggu dorang yang kat blakang. aku cari port rehat dekat tepi longkang. bile sume dah sampai kitorang pun rehat jap dan sembang2 kosong buang mase. umpat-umpatan pun mula klua dari mulut kitorang. dalam bualan 2 kitorang jumpe bdk -bdk sepattern awe n member2 lame kitorang kat uitm melaka dulu.
Tengah bersembang 2, tetiba kurt nampak midah n mcd( watak sampingan) tengah berjogging. xtaw la dorang perasan kitorang ke x tapi lepas aku panjangkan kepala aku(berdiri), aku perasan midah dah senyum-senyum sambil pandang kat ktorang. betul la tekaan aku 2 sebab dorang terus datang kat kitorang lepas aku lambai dorang. haaa..
Masa tunggu midah n mcd ni datang, kassim terbau bauan hancing kat sekitar kawasan port rehat kitorang 2. padahal die x sedar yang tempat die duduk tu bekas tempat orang kencing. Ala tengok pada bekas kencing 2 pon dah tau mcm bekas kencing kucing jantan yang tandakan tempatnya.
Lepas borak2 kejap dengan mcd n midah (yang mngaku dah jogging 5 round).. Eleh..macam aku caye.. kitorang pon siap-siap nak balik sebab dah nak magrib dah time 2. midah n mcd jalan kaki balik umah dorang. cian.... aku g isi minyak moto kat petronas. moto kurt pon kne isi angin gak sebab x mampu menanggung beban kurt dan awe. Agaknye berat kurt 90kg + awe 87kg = 177kg. berat...berat.. kassim n fakrul pn sme gak tapi xde la seberat awe n kurt.
Otw balik ke rumah awe, aku jumpe midah n mcd tengah jalan kaki so dengan baik hati aku tumpangkan dorang sampai kedai makan SANI. (ade makna). pastu dorang blanje makan char kuehtiaw. berbaloi gak tolong dorang. hahaha.
Sunday, February 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment