Friday, February 27, 2009

An evening in Central Market


Jam sekarang nak dekat kol 1 pagi. Masa ni aku tengah preparekan barang- barang lukisan yang nak dibawa kat taman negara pagi ni. Nasib baik ade rin dan adeq, klau tidak sorang-sorang lagi la aku kat studio malam ni. Lagipon skang ni baru je lepas hujan. Boleh tahan gak lebat die. Terbantut plan aku nak balik awal. Huu... tak tau la cuaca kat taman negara nanti macam mane. Jangan slalu hujan macam kat sini udah la. Biar la panas terik daripada bertapa kat dalam bilik je.

Semalam, lepas aku wat bayaran akhir kat main office Nusa resort (taman negara), aku gi opening Hot Art competition kat Annexe Gallery kat Central Market(CM). Aku dapat jemputan dari pihak galeri kat CM tu sebab aku masuk competition tu. Walaupon tak menang tapi aku tetap bangga sebab artwork aku adalah antara 26 artwork pilihan yang dipamerkan dalam pameran tu.

Time aku masuk galeri tu, ramai gak orang yang dah sampai awal. Rata-rata orang cina, melayu dan mat saleh. Orang india memang aku tak nampak seko pon. Langkah pertama aku menuju ke kaunter depan pintu utama. Kat situ aku memang kutip segala katalog yang ade. bole wat reference untuk artwork yang akan datang. sambil-sambil tu aku pon sain la buku autograf yang dorang letak kat atas meja tu.

Destinasi seterusnya ialah makanan. Biasenya setiap kali opening kat art gallery, memang pihak pengajur akan sajikan makanan. Tapi time tu dorang blom bawak klua lagi makanan. Yang ade cume botol-botol dan tin hijau arak kat penjuru sudut galeri. Sape- sape pon ble amik. Free je. Sementara tunggu dorang bawak klua makanan, aku gi la tengok-tengok artwork yang dipamerkan. Banyak gak IPTA dan IPTS yang join. Dari katalog yang aku baca, ade 94 artwork yang join competition tu.

Kebanyakan artwork yang dipamerkan memang ade konsep dan idea dorang sendiri untuk disampaikan. Patut la aku tak menang. Tengah aku belek-belek work yang ade, aku nampak sorang waiter klua bawak sedulang makanan. beberape minit pas tu klua lagi waiter ngan dulang baru. Ape lagi, aku pon start la misi gi melantak sampai kenyang. Makanan yang dorang hidang tu ade yang sedap dan ade yang macam hareeeem je rase die. Paling aku suka bebola ayam dan fishchip. aku pulun yang tu je. Air die sediakan lime juice jek. Aku rase dorang ni nak jimat gula la. Langsung takde gula dalam air tu. Takpe la.. janji aku tak klua duit untuk makanan tu. Pastu acara seterusnya mula membuatkan aku bosan sebab 1)aku dah kenyang 2)ade ape je, ucapan dari penganjur, perasmian dan penyampaian hadiah.

Aku dah dapat rase yang aku agak sukar untuk menang sebab artwork aku cuma lukisan lanscape dari gambar je berbanding dorang yang lain penuh dengan idea dan konsep. Pape pon lepas lawatan ni, aku akan usaha lagi supaya aku lak yang menang dalam mane-mane art competition. Tengok je la nanti....

Monday, February 23, 2009

lagi 49 jam..

Hari ni aku agak kalut sikit, risau ade, takut pun ade sebab memikirkan pasal lawatan taman negara yang tak sampai 49 jam lagi. Tak habis-habis lagi cite pasal ni. Banyak lagi bende yang tak setel lagi. Masalah utama sekarang ni ade lagi 3 kekosongan tempat yang perlu di isi sebelum aku gi buat bayaran akhir pada hari rabu ni. mampus aku.! mane nak cari lagi 3 orang ni. Budak-budak batch lain sume dah aku invite tapi setakat ni takde lagi tanda-tanda positif yang dorang nak join. Masing-masing ade komitmen. Dengan assignment yang bertimbun, clash dengan lawatan gi terengganu n takde duit. Tu yang dorang cakap kat aku.

Ahh.. tak kisah lah. tapi sekarang ni aku kene pikirkan jalan untuk bagi berisi 3 tempat kosong ni.Kang kalau aku mintak extra bayaran untuk cover tempat kosong tu, bising plak budak-budak ni.Dorang ni memang sensitif bab-bab duit ni. Kalau boleh, gi taman negara tu nak bayar rm20 je. Hape kejadahhh...

Tadi pon mase nak masuk studio, aku terdengar gak suara- suara sumbang dari beruk bin siamang. sorang budak junior ni mengomel kat kawan die. Saje je provok kat kawan die supaya jangan join. Macam tapir. Katenye bayaran gi taman negara tu mahal sangat. Gerammm lak bile aku dengar. Cakap pong pang macam die penah pegi je. Pooodah.. Skang ni aku nak kutuk die pulak dalam blog aku ni. Mase tu aku cakap dalam hati je la.." Bodohnye mamat ni (budak tu lelaki), die ingat aku main petik je ke harge gi taman negara tu. Aku ni tak amik 1 sen untung pon dari duit dorang ni. Tu la die kalau cakap taknak pikir dulu, buat tambah dosa aku je.. Patutnye aku tulis dalam notis yang aku tampal tu, cabaran kepada sesiapa yang boleh cari harge yang lagi murah dari harge yang aku tawarkan dengan pakej macam aku buat. Bongok punye budak.. Kalau la aku bole brentikan mase, nak je aku tumbuk perut die sampai klua buasir die.."

Huu.. lega hati aku dapat meluahkan rase amarah aku ni.

Terima kasih kerana sudi mendengar luahan rasa ini. Hahahaha.. PEACE NO WAR.

Monday, February 16, 2009

Ibu jari

Skang ni aku masih lagi bersorangan wat keje kat studio. Yang lain dah balik dah. Time-time ni biasanye pak guard dah ronda kat fakulti A&D termasuk la studio 05. Selagi dorang(guard) tak datang, aku terpakse stay pasal project1 printmaking banyak lagi yang tak siap. koman-koman pun aku kene siapkan bahagian woodcut dulu.

Hari ni aku banyak buang mase dengan wat bende-bende yang tak berfaedah je. macam mane keje nak siap. Cam skang ni sambil-sambil menaip dalam blog ni, aku secara tak langsung mencabut kulit mengelupas kat ibu jari aku. Citenye dalam sebulan lepas sebelum blog ni wujud, jari aku ni telah mengalami kemalangan kecil.

Time tu aku tengah sibuk nak potong kayu untuk wat strecher. Mungkin sebab aku nak cepat kot ibu jari aku ni terkene mesin pemotong kayu. Bile terkene je mesin tu aku pon tarik la cepat-cepat. Mase tu aku tak brani nak tengok(takut putus jari) tapi kene branikan diri gak. Dengan sekalis pandang aku wat anggapkan yang jari aku tak putus tapi dah terkene tulang. Mula-mula die punye feel macam ibu jari ni kene ketuk dengan hammer. Lame-lame skit mula la rase pedih. Darah yang klua jangan cite la. melimpah ruah macam time korang bukak pili air tapi klua jus strawberry. Nasib baik time tu takde orang, lagipon aku taknak la kecoh-kecoh sangat. Untuk menghapuskan bukti yang berlakunya kemalangan kat bengkel kayu tu, aku naik ke studio sambil tutup ibu jari aku ngan kain buruk yang ade kat area bengkel tu. Nasib baik ade beberape classmate aku kt studio. aku mintak tolong sorang anta aku ke pusat kesihatan(PK) dan yang lain dalam 4 orang kalau tak silap aku untuk clear kan darah yang bersepah kat lantai.

ok lah. Lain kali aku sambung cite ni, mase nak gi PK tu pulak... skang ni pon dah pukul brape dah. ikut jam aku skarang dah pukul 1.40 pagi. aku nak sambung wat keje dulu.

Friday, February 13, 2009

Selamat Pagi Jumaat.

Hari ni aku datang ke studio seawal yang boleh. Dalam pukul 7.30 pagi aku dah gerak dari rumah. Macam biasa la kalau duduk kat kawasan bandar ni. Jalan jem tu dah jadi rutin dalam hidup.
Sampai kat studio, biasanya aku nampak kereta Pn.Rosiah dulu( slalu datang awal pagi). Tapi kalau dikalangan student, aku la paling awal.
Aim aku pada hari Jumaat yang berkat ni, nak sambung wat project1 print yang sepatutnya dihantar semalam. Semalam memang la hari yang malang, tension, sakit hati dan membuatkan aku nak marah. Skarang ni pun memang panas je ati aku klau ingatkan balik hal-hal semalam. Tapi aku selalu berpegang pada prinsip "Jangan marah-marah, nanti kene sakit jantung". Bukan la sebab aku ni ade penyakit jantung tapi penyakit tu salah satu daripada pembunuh no.1 kaum adam dan marah tu salah satu suis kepada penyakit tu.
Start baca buku "Printmaking: traditional and contemporary technique". Buku ni baru je aku beli rm95 kat Pn.Rosiah beberapa hari lepas. Tak sempat pulak aku nak belek-belek isi dalamnya, pasal mengejarkan dateline project1 print ni.
Setelkan hal lawatan ke taman negara terutama pasal bayaran. Mane-mane tempat pun, duit ni mesti jadi isu. macam kes lawatan ni, prob start bile dorang lambat bayar. memang la ni kes biasa tapi kalau dorang tak bayar, tak pepasal aku lak kene bayarkan untuk dorang. Bukan ke tu menyusahkan aku namanye. lagipun besok aku kena pergi mainoffice resort tu kat sentul untuk wat bayaran deposit. nasib baik ada orang-orang kuat kat blakang aku ni.
db & bum, terima kasih..

Sunday, February 8, 2009

Mari Berjogging..

Hari Ahad tepat pukul 6.30 petang tadi, aku,awe,kurt,kassim(rofli),fakrul memulakan langkah bersemangat untuk berjogging kat tasik section7. tak tau la name ape tasik tu tapi aku panggil tasik seksyen 7 jela. sebenarnya memang perancangan awal aku nak gerak awal sikit dalam pukul 5.30 tapi memandangkan karenah budak- budak ni, dengan awe bru nak jahit seluar sukan die, kurt main PS2, kassim n fakrul..suam2 kuku je nak pegi maka tertangguh la kejap aktiviti murni aku ni. ktorang g sane naik 3 bijik moto.
Jangkaan awal aku hanya warga tua je yang jog kat situ sebab ni first time ak nak jogging kat tasik 2 tapi meleset lepas sampai kat sne. Makhluk2 kat situ lebih ramai dari sangkaan aku. Dari warga tua, mak budak, bapak budak, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik sampai la ke penjual aiskrim. Takpe la sambil-sambil jogging tu ble la aku cuci mate rabun aku ni. Lagipun aku jogging ni sebab nak bentuk balik stamina sebelum masuk taman negara pahang hujung bulan ni. Lepas sampai kat tasik, kitorang parking moto kat kaki lima.
Untuk kali pertama menjejakkan kaki kat situ, aku n bdk2 ni berjalan je dulu sebab xnak bagi badan terkejut psl x wat warm up dulu. Bile dah hampir separuh tasik baru la aku start berjogging. cukup je 1 pusingan, aku brenti kat tempat parking moto aku tadi sambil tunggu dorang yang kat blakang. aku cari port rehat dekat tepi longkang. bile sume dah sampai kitorang pun rehat jap dan sembang2 kosong buang mase. umpat-umpatan pun mula klua dari mulut kitorang. dalam bualan 2 kitorang jumpe bdk -bdk sepattern awe n member2 lame kitorang kat uitm melaka dulu.
Tengah bersembang 2, tetiba kurt nampak midah n mcd( watak sampingan) tengah berjogging. xtaw la dorang perasan kitorang ke x tapi lepas aku panjangkan kepala aku(berdiri), aku perasan midah dah senyum-senyum sambil pandang kat ktorang. betul la tekaan aku 2 sebab dorang terus datang kat kitorang lepas aku lambai dorang. haaa..
Masa tunggu midah n mcd ni datang, kassim terbau bauan hancing kat sekitar kawasan port rehat kitorang 2. padahal die x sedar yang tempat die duduk tu bekas tempat orang kencing. Ala tengok pada bekas kencing 2 pon dah tau mcm bekas kencing kucing jantan yang tandakan tempatnya.
Lepas borak2 kejap dengan mcd n midah (yang mngaku dah jogging 5 round).. Eleh..macam aku caye.. kitorang pon siap-siap nak balik sebab dah nak magrib dah time 2. midah n mcd jalan kaki balik umah dorang. cian.... aku g isi minyak moto kat petronas. moto kurt pon kne isi angin gak sebab x mampu menanggung beban kurt dan awe. Agaknye berat kurt 90kg + awe 87kg = 177kg. berat...berat.. kassim n fakrul pn sme gak tapi xde la seberat awe n kurt.
Otw balik ke rumah awe, aku jumpe midah n mcd tengah jalan kaki so dengan baik hati aku tumpangkan dorang sampai kedai makan SANI. (ade makna). pastu dorang blanje makan char kuehtiaw. berbaloi gak tolong dorang. hahaha.

Thursday, February 5, 2009

Permulaan kepada sesuatu yang baru.

salam semua.
berkemungkinan blog ni akan menjadi permulaan sebuah coretan atau sekadar sampah dalam jaringan internet. walaupun agak lewat bermula berbanding ketika demam blogger dulu-dulu yang macam penanaman cendawan komersil tapi aku tetap nak coret gak dalam blog ni. dari segi penulisan memang jangan harap nak hebat sangat. blog ni sekadar suka-suka untuk aku mengumpat, mengutuk,share pape info yang patut. mane-mane yang baik boleh la klu nak amik tp yang buruk bia je dalam blog ni.
semoga sokongan daripada anda terhadap blog ini bermula selepas membaca ini.
alhamdulillah.. amin.